Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nadiputra dikurnia Anugerah S.E.A Write dalam majlis di Istana Dusit, Bangkok

Aug 18, 2023 | 06:18 PM



Penggiat seni Melayu veteran Singapura, Nadiputra, diberi S.E.A. Write Award, atau Anugerah Penulis Asia Tenggara, di sebuah majlis penyampaian di Istana Dusit, Dewan Chitralada Garden, Bangkok, pada 10 Ogos.

Anugerah itu disampaikan kepada beliau, yang nama sebenarnya Almahdi Al-Haj Ibrahim, oleh Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya bagi Thailand.

Nadiputra diberi anugerah itu pada 2020, semasa Covid-19 memuncak, tetapi penyampaiannya ditangguh disebabkan pandemik tersebut.

Nadiputra, yang telah menghasilkan lebih 300 karya untuk radio, pentas teater dan televisyen sepanjang 50 tahun bergiat dalam bidang seni, terharu di atas penganugerahan itu.

“Saya rasa usaha saya dalam bidang seni, di mana saya hasilkan beberapa naskah, filem televisyen dan sebagainya, menjadi sebab yang menyumbang kepada penobatan saya untuk anugerah ini.

“Daripada pengalaman saya di sektor televisyen dan radio Brunei pada 2000 hingga 2002 hingga ke pengalaman teater, yang saya masih lagi aktif hingga sekarang, perjalanan seni saya ini amat bermakna kepada saya,” kata Nadiputra, 76 tahun dan juga bapa enam anak.

Apabila ditanya tentang perasaannya diberi anugerah itu, beliau berkata:

“Saya tidak menduga dan sangat terharu atas penganugerahan ini. Memang saya sangat gembira. Namun, ia disusuli cabaran yang agak besar untuk saya mempertahankan kerjaya dalam bidang ini.

“Tidak lupa, saya juga berterima kasih kepada semua yang telah menyokong saya, ahli keluarga saya, mereka yang telah berkarya bersama saya atau pun berada di bawah didikan saya, Saya amat bersyukur.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >