Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nahas motosikal 3 minggu lepas naik pelamin...

Feb 22, 2023 | 05:30 AM



BELUM sempat Allahyarhamha Yasmin Abdullah, 26 tahun, merasakan kemanisan alam perkahwinan, ajal datang menjemputnya.



Pembantu doktor gigi di sebuah klinik gigi di Upper East Coast Road itu baru saja mendirikan rumah tangga bersama suami, Encik Muhammad Zahid Abdul Gaffar, 29 tahun, tiga minggu lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Orchid Country Club.



Namun, malang tidak berbau apabila mereka terlibat dalam nahas jalan raya yang berlaku di Ekspreswe Tampines (TPE) menuju ke Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada pagi Isnin, yang meragut nyawa si isteri.



Keadaan suaminya dilaporkan stabil dan beliau mengalami beberapa kecederaan.



Allahyarhamha Yasmin sedang membonceng motosikal dan dalam perjalanan ke tempat kerja bersama suaminya apabila motosikal itu, berserta satu lagi motosikal lain, terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas mini.



Jenazah Allahyarhamha selamat dikebumikan di Pusara Aman petang Selasa.



Awal daripada itu, pihak polis menyatakan seorang lelaki berusia 54 tahun, yang merupakan pemandu bas mini tersebut, telah diberkas kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan nahas itu.



Polis sedang menyiasat insiden itu.



Laporan lanjut: Impian arwah beli rumah, sambung belajar tidak kesampaian




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >