Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nahas pesawat: Presiden, 4 pemain kelab bola sepak Brazil maut

Jan 26, 2021 | 05:30 AM



SAO PAULO (Brazil): Presiden dan empat pemain bola sepak kelab Brazil, Palmas, maut dalam satu nahas kapal terbang kelmarin sedang mereka berada dalam perjalanan bagi satu pertandingan menentang Vila Nova.



Kelab liga empat Brazil itu berkata presiden Lucas Meira dan empat pemainnya - Lucas Praxedes, Guilherme Noe, Ranule and Marcus Molinari - terkorban apabila pesawat itu terhempas sejurus berlepas.



"Pesawat itu berlepas dan terhempas di hujung landasan Persatuan Penerbangan Tocantinense," kata kelab itu. "Kami berasa kesal untuk memberitahu bahawa tidak ada yang terselamat."



Jurucakap kelab itu Izabela Martins berkata kesemua pemain dalam pesawat tersebut disahkan positif jangkitan Covid-19.



Menurut beliau, kelmarin sepatutnya menjadi hari terakhir mereka dikuarantin, sementara anggota pasukan lain menaiki kapal terbang komersial untuk menyertai pertandingan tersebut.



Pesawat itu sedang dalam perjalanan ke Goiania, sejauh sekitar 800km, di mana Palmas dijadual menentang Vila Nova semalam dalam pertandingan Copa Verde.



Pada 2016, 19 pemain kelab bola sepak Chapecoense maut dalam satu nahas kapal terbang semasa dalam perjalanan bagi kejohanan Amerika Selatan apabila pesawat tersebut kehabisan minyak.



Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.



"Warga bola sepak menghulurkan rasa simpatinya yang paling dalam buat mangsa dan keluarga yang perlu tempuhi saat sukar ini," kata Fifa di laman Twitter.



Alejandro Dominguez, presiden badan bola sepak presiden Utara Amerika Conmebol juga menyampaikan takziah beliau.



"Kami amat menyesali nahas kapal terbang yang menimpa Palmas," katanya menerusi ciapan Twitter. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >