Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Nahas trafik setempat: 71 maut dalam enam bulan pertama 2023

Sep 18, 2023 | 05:39 PM



Kemalangan trafik mengorbankan seramai 71 orang di Singapura dalam enam bulan pertama 2023, lonjakan sekitar 57.8 peratus daripada 45 kematian dalam tempoh yang sama 2022.

Bilangan kemalangan yang menyebabkan kematian juga meningkat 61.4 peratus kepada 71 kes, daripada 44 antara Januari dengan Jun tahun lalu.

Laporan situasi trafik pertengahan tahun terkini yang dikeluarkan polis pada Isnin menunjukkan bahawa antara kematian dalam separuh pertama 2023, hampir separuh atau 32 melibatkan penunggang motosikal dan pembonceng, dan 17 merupakan pejalan kaki warga senja berusia 60 tahun ke atas.

Bilangan kematian pejalan kaki warga senja juga naik hampir seganda daripada sembilan yang dicatat dalam enam bulan pertama 2022, dan membentuk 68 peratus daripada kesemua pejalan kaki yang terkorban dalam separuh pertama 2023.

Kemalangan yang menyebabkan kecederaan naik sehingga 11.1 peratus, daripada 3,125 kes dalam separuh pertama 2022 kepada 3,471 kes dalam tempoh yang sama pada 2023.

Lebih ramai orang juga cedera – 4,479 yang dicatat pada separuh pertama 2023 berbanding dengan 3,841 dalam tempoh yang sama pada 2022.

Meskipun bilangan kes melibatkan “pelanggaran” lampu trafik merah dan memandu laju berkurang, jumlah kemalangan yang menyebabkan kematian berkaitan kededua kesalahan ini meningkat.

Terdapat enam kematian akibat kemalangan gara-gara pemandu yang melanggar lampu trafik merah dalam enam bulan pertama 2023 berbanding satu dalam tempoh yang sama pada 2022, sedang bilangan kesalahan sedemikian jatuh kepada 16,143 daripada 23,645 pada 2022 – atau kemerosotan sekitar 31.7 peratus.

Bilangan kemalangan berkaitan memandu laju dan kesalahan memandu laju juga berkurang.

Kemalangan berkaitan memandu laju jatuh sehingga 33.5 peratus daripada 505 kes dalam separuh pertama 2022 kepada 336 kes dalam tempoh yang sama pada 2023.

Dalam tempoh yang sama, kesalahan memandu laju pula jatuh sehingga 23.2 peratus, daripada 69,936 kes kepada 53,698 kes.

Namun bilangan kematian akibat kemalangan berkaitan memandu laju meningkat lebih seganda, daripada enam kepada 13.

Kemalangan melibatkan warga senja kekal membimbangkan, kata polis.

Dalam enam bulan pertama, bilangan pejalan kaki warga senja yang cedera naik daripada 112 orang pada 2022 kepada 128 orang pada 2023.

Lebih sepertiga, atau 37.2 peratus, daripada kemalangan melibatkan pejalan kaki warga senja dalam separuh pertama 2023 akibat berjalan sembarangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >