Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nak beli perabot? Hati-hati terhadap dua syarikat: Case

Dec 09, 2016 | 09:53 AM



PERSATUAN Pengguna Singapura (Case) memberi amaran mengenai dua peruncit perabot yang gagal menghantar produk kepada pelanggan selepas mengambil wang mereka.



Bagaimanapun, salah satu daripada syarikat itu mendakwa ini berlaku kerana rekod pelanggannya hanyus akibat satu kebakaran.



Case menerima 12 dan 13 aduan masing-masing terhadap Modern Living Furnishing dan Contempo Art of Living bulan lalu.



Pelanggan dua syarikat itu berkata pesanan mereka tidak dihantar walaupun mereka telah membayar cengkaram atau, dalam beberapa kes, membuat bayaran penuh.



Pembelian mereka berjumlah puluhan ribu dolar.



Namun, pengarah Modern Living mendakwa syarikatnya menghadapi masalah disebabkan kebakaran di gudangnya di Sungei Kadut bulan lalu, yang memusnahkan rekod pelanggan.



Beliau, yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Toh, memberitahu akhbar The Straits Times Living Modern memindahkan rekod pelanggan ke gudang itu, iaitu sebuah bangunan tiga tingkat di 65 Sungei Kadut Loop, apabila kedainya di Park Mall ditutup.



Api menjilat gudang tersebut pada 2 November. Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SVDF) berkata pada masa itu gudang mengandungi perabot itu hangus sepenuhnya, manakala unit pejabat di tingkat dua hanya mengalami kerosakan kecil.



Cik Toh berkata beliau tidak tahu berapa ramai pelanggan terjejas, tetapi ada daripada mereka telah menghubungi syarikatnya melalui cawangannya di The Furniture Mall di Toh Guan Road.



Beliau merancang menghubungi Case untuk mendapatkan butir-butir kontek pelanggan terjejas.



Sementara itu, pejabat Contempo di alamat berdaftarnya di Bukit Batok telah ditutup dan bilik pamerannya di bangunan sama kosong pada Rabu.



Seorang bekas jurujual di Contempo, Encik Alex Tan, memberitahu akhbar itu beliau meninggalkan syarikat tersebut kira-kira setengah tahun lalu dan beliau mendengar ia telah ditutup.



Pengarah Eksekutif Case, Encik Seah Seng Choon, menasihatkan pengguna terjejas supaya menimbangkan membuat laporan polis jika mereka mengesyaki penipuan, atau tuntutan di Tribunal Tuntutan Kecil.



Pengguna tidak pasti boleh menghubungi Case bagi bantuan di 6100-0315.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >