Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nama baru bagi Sekolah Undang-undang SMU

Bakal dikenali sebagai Sekolah Undang-undang Yong Pung How mulai 11 April
smu
Mar 11, 2021 | 05:30 AM



SEKOLAH Undang-undang Universiti Pengurusan Singapura (SMU) akan dinamakan semula menjadi Sekolah Undang-undang Yong Pung How mulai 11 April tahun ini, hari apabila mendiang ketua hakim kedua Singapura dan canselor ketiga SMU akan berusia 95 tahun.



Dr Yong meninggal dunia pada usia 93 tahun pada Januari tahun lalu.



SMU menyatakan bahawa sekolah tersebut terhutang budi dengan visi dan bimbingan Dr Yong, dan peranan penting yang mendiang mainkan dalam pengembangan Sekolah Undang-undang dan kurikulumnya, lapor The Straits Times.



"SMU telah berpeluang menjalin hubungan yang dalam dan lama dengan Dr Yong Pung How.



"Dr Yong adalah pendorong kebijaksanaan dan warisannya akan terus membentuk perkembangan universiti dan sekolah undang-undang kami.



"Kami berasa rendah hati dan beruntung dapat memberi penghormatan kepada Dr Yong dengan menamakan Sekolah Undang-undang kami dengan namanya," kata pengerusi SMU Ho Kwon Ping.



Selain daripada peranannya sebagai canselor, Dr Yong juga berkhidmat sebagai pro-canselor universiti SMU, pengasas pengurus lembaga penasihat sekolah undang-undang itu dan merupakan felo terbilang sekolah itu dari 2006 hingga 2020.



Dalam tempoh 16 tahun beliau berkhidmat sebagai Ketua Hakim Singapura, Dr Yong telah melaksanakan beberapa perubahan besar yang dapat memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan kecekapan sistem mahkamah.



Ramai orang, termasuk beberapa tokoh politik, memberi penghormatan kepadanya setelah beliau meninggal dunia tahun lalu.



Menteri Kanan Emeritus dan mantan Perdana Menteri Goh Chok Tong berkata:



"Kami telah kehilangan seorang warga Singapura yang istimewa... Beliau dilantik beberapa bulan sebelum saya menjadi Perdana Menteri.



"Encik Lee Kuan Yew menasihati saya mengenai pelantikannya dan saya dengan senang hati bersetuju.



"Beliau telah melakukan pekerjaan yang hebat."



Berkongsi keputusan SMU menamakan semula sekolah undang-undang sebagai penghormatan kepada bapanya, anak perempuan Dr Yong, Cik Tong Yin-I, berkata:



"Keluarga saya berasa amat besar hati diberi penghormatan ini dan gembira dengan pengiktirafan SMU dan pemerintah Singapura kepada bapa saya.



"Beliau sangat komited untuk terus mendidik generasi akan datang dan penghormatan ini akan membolehkan warisannya dikenang dan diingati oleh ramai."



Sekolah Undang-undang SMU mengambil seramai 116 pelajar bagi kohort pertama pada 2007.



Ia menawarkan pelbagai ijazah daripada program sarjana muda undang-undang sepenuh masa, program sarjana muda pelbagai disiplin seperti perakaunan dan pendidikan undang-undang yang berterusan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >