Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nama-nama calon bagi NMP mula diketengahkan

Nov 21, 2020 | 05:30 AM



PERTUBUHAN, kumpulan industri dan individu telah mula menamakan calon untuk dipertimbangkan sebagai Anggota Parlimen Dilantik (NMP).



Antaranya ialah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) yang telah menghantarkan nama pemimpin kesatuan, Encik Abdul Samad Abdul Wahab, kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi pencalonan.



Encik Abdul Samad, 48 tahun, merupakan Naib Presiden NTUC dan Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Gas dan Kuasa (Upage).



Dihubungi Berita Harian (BH) semalam, Encik Abdul Samad berkata beliau rasa rendah hati nama beliau telah dicalonkan, sambil menambah bahawa keutamaannya adalah untuk memperjuangkan nasib pekerja jika dipilih sebagai NMP.



"Saya berharap dapat mengongsi keprihatinan pekerja daripada sudut pandangan yang menyeluruh, termasuk cabaran yang dihadapi, mereka yang mengalami gangguan disebabkan Covid-19, dan juga mendapatkan lebih banyak maklumat tentang peluang baru yang akan disediakan untuk pekerja," kata beliau.



Encik Abdul Samad menyertai Upage sebagai anggota kesatuan pada 2003 dan dipilih sebagai pemimpin kesatuan pada 2006. Daripada seorang anggota majlis eksekutif, beliau naik pangkat hingga menjadi setiausaha agung kesatuan itu pada September 2015.



Pada 2015, beliau dipilih menjadi anggota Jawatankuasa Pusat NTUC dan kemudian menjadi naib presidennya pada tahun lalu.



Memberi komen tentang pencalonan Encik Abdul Samad di Facebook semalam, Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, berkata:



"Saudara Samad seseorang yang rendah hati. Beliau sentiasa melakukan yang terbaik untuk rakan-rakan pekerjanya tidak kira cabaran yang dihadapi. Beliau akan dapat memanfaatkan pengalaman lebih sedekad sebagai seorang anggota kesatuan untuk membentuk dasar yang akan memberi manfaat kepada pekerja dan rakyat Singapura."



Sementara itu, satu lagi nama yang disebut-sebutkan sebagai potensi calon bagi NMP ialah editor laman seni ArtsEquator, Cik Nabilah Muhammad Said, yang juga seorang penulis drama, pengkritik teater dan penyair.



Beliau antara lima individu dalam senarai calon yang disarankan sebagai NMP untuk mewakili industri seni di Parlimen.



Cik Nabilah, 35 tahun, berkata keutamaan beliau adalah untuk membantu industri seni mengatasi pandemik Covid-19 dan bekerjasama dengan badan pengawalselia dan pendanaan dalam peta jalan yang dapat mengendalikan isu kehilangan kewangan dan pekerjaan yang dialami masyarakat seni.



Selain itu, beliau berminat melihat bagaimana pandangan terhadap seni dan budaya dapat diubah semula sebagai sesuatu yang penting bagi identiti sebagai rakyat Singapura.



"Bolehkah ia menjadi satu bahagian yang ada dalam hati dan jiwa negara? Pada asasnya, matlamat saya adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat saya dan mempertingkat anggota masyarakat ini di samping memastikan seni dan budaya mempunyai tempat untuk membuat keputusan berkenaan hal kepentingan nasional," kata beliau.



BH juga difahamkan bahawa satu lagi nama yang disebut-sebutkan ialah ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat sofwe logistik Versafleet, Encik Muhammad Shamir Abdul Rahim, namun beliau enggan memberi komen apabila ditanya akhbar ini.



Orang ramai boleh mengesyorkan nama-nama individu untuk dipertimbangkan sebagai NMP sehingga 4.30 petang, 23 November 2020.



Skim NMP dilancarkan pada 1990 untuk memastikan perwakilan pandangan yang luas di Parlimen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >