Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nasi padang Rumah Makan Minang penuhi selera penumpang SIA kelas pertama, bisnes

Disediakan dalam penerbangan hasil kerjasama restoran Rumah Makan Minang, syarikat katering dalam penerbangan Sats
Jul 09, 2023 | 05:30 AM



Nasi padang Rumah Makan Minang kini boleh dinikmati penumpang kelas pertama dan bisnes syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA).

Ia hasil kerjasama antara Rumah Makan Minang dan syarikat katering dalam penerbangan Sats, dan sebahagian daripada strategi inovasi menu Sats untuk meluaskan dan memperkaya tawaran produknya kepada pelanggan.

Menyatakan demikian kepada Berita Minggu (BM), jurucakap Sats berkata pihaknya telah diminta SIA supaya bekerjasama dalam satu promosi Budaya Penjaja – sebuah inisiatif yang memaparkan sajian ikonik Singapura.


“Sebagai sebahagian daripada strategi inovasi, Sats memulakan sebuah program yang mendorong jenama, diberi nama FoodFlix, pada 2021 untuk meluaskan dan memperkaya tawaran produk kami kepada pelanggan kami.

“Kami bekerjasama dengan penjaja setempat dan jenama dalam negeri sendiri di bawah program ini untuk menyokong pertumbuhan dan peluasan mereka dengan memanfaatkan kepakaran kulinari, pengetahuan teknologi makanan, manfaat yang meluas, saluran pengedaran dan liputan rangkaian Sats.

“Rumah Makan Minang, sebuah jenama berbilang generasi yang disayangi, yang dikhususkan untuk mengekalkan sajian autentik tradisional Minangkabau Indonesia, dengan resipi turun-temurun sejak 1940-an, adalah antara jenama yang bekerjasama dengan Sats di bawah program ini,” katanya.

Menurut jurucakap itu, kerjasama dengan Rumah Makan Minang bermula pada Disember 2021.







Bagi kelas pertama, sajian yang dihidang termasuk nasi putih, ayam kalio minang, ikan bakar berempah, terung belado, acar padang, dan keropok emping.

Bagi kelas bisnes, hidangannya termasuk nasi putih, ayam kalio minang, terung belado, dan acar padang.

Nasi padang Rumah Makan Minang disediakan antara Mac dengan April lalu dalam menu penerbangan SIA bagi beberapa penerbangan dari Singapura, secara bergilir-gilir dalam kelas pertama dan bisnes.

Kerjasama itu masih diteruskan, kata jurucakap Sats.

Diminta komennya, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sats Ltd, Encik Kerry Mok, berkata:

“Sats percaya dalam usaha menyokong penjaja setempat serta jenama makanan dan minuman (F&B) di seluruh rangkaian kami untuk mengekalkan keunikan warisan makanan di setiap negara dengan menghasilkan nilai kolektif bagi membantu mereka maju dalam suasana F&B hari ini yang berubah.”

Dalam responsnya kepada Berita Minggu, Pengarah Urusan Rumah Makan Minang, Encik Muhamad Hazmi Mohamad Zin, berkata Sats menghubungi pihaknya bagi kerjasama itu bersama SIA.


Beliau berkata keluarganya berasa rendah hati dengan peluang kerjasama itu serta pendedahan dan pengalaman yang diperolehi.

“Pemilihan menu diputuskan saya dengan kelulusan ibu bapa saya. Begitu juga adik saya, Muhamad Ariff, cef eksekutif Rumah Minang yang bertanggungjawab bagi pembangunan menu bersama pasukan Sats,” katanya.

Encik Muhamad Hazmi menambah bahawa pihaknya mempunyai pengalaman baik bersama pasukan Sats, “memandangkan mereka faham bahawa bagi jenama warisan, mutu dan rasa sajian merupakan keprihatinan utama kami dan kami ingin memastikan bahawa ia tetap enak semasa di udara juga”.

“Dengan kepakaran serta teknologi mereka, kami gembira akan hasilnya,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >