Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FORUM NEGARA KECIL (FOSS)

Negara kecil mesti ikut serta aktif perkukuh sistem pelbagai hala: PM Lee

Kekurangan dari segi saiz boleh diganti melalui ketangkasan, kepintaran dan kerjasama untuk berkesan di PBB
Sep 24, 2022 | 05:30 AM



NEGARA kecil bergantung pada sistem pelbagai hala bagi keselamatan dan penakatan mereka, dan mesti memainkan peranan aktif untuk mengukuhkannya, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



"Aturan antarabangsa ini tidak sempurna, tetapi ia adalah pertaruhan terbaik kita. Jika kita mundur menjadi dunia di mana 'kekuatanlah yang betul', negara kecil akan mendapati mustahil untuk terus bertahan malah negara besar pun tidak akan berada dalam keadaan lebih lebih baik," kata Encik Lee.



Prinsip 'kekuatanlah yang betul' menetapkan bahawa negara lebih berkuasa bebas melakukan apa sahaja.



"Oleh itu kita mesti mengambil bahagian secara aktif untuk mengukuhkan sistem pelbagai hala. Kekalkan peluang serata mungkin, untuk melindungi kepentingan negara kecil," tambah Encik Lee.



Beliau berkata demikian dalam satu mesej video kepada pemimpin dan menteri yang menghadiri majlis resepsi Forum Negara Kecil (Foss) di New York kelmarin.



Majlis tidak rasmi itu diadakan sempena mesyuarat Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pemimpin dunia.



Ia dimulakan oleh Singapura pada 1992 untuk membincangkan isu-isu keprihatinan bersama dan memberi suara lebih besar kepada negara kecil dalam PBB.



Bermula dengan 16 anggota, Foss kini menghimpunkan 108 negara, lebih separuh daripada keahlian PBB.



Majlis resepsi itu dihos oleh Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, yang menghadiri Perhimpunan Agung minggu ini.



Dr Balakrishnan berkata Foss dimulakan kerana keperluan 30 tahun lalu tetapi masalah hari ini - daripada perang kepada ketakjaminan makanan dan tenaga - menekankan keperluan itu terutamanya sekarang bagi negara-negara untuk mencapai matlamat bersama.



"Oleh kerana kita kecil, kita terpaksa menyokong multilateralisme kerana itu satu-satunya cara yang ada untuk kita. Alternatifnya ialah 'kekuatanlah yang betul''. Kita sebenarnya tiada pilihan," katanya.



Dalam mesejnya, Encik Lee juga berkata Foss memperingati ulang tahunnya ke-30 tahun ini di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi dan ketegangan geopolitik yang meningkat.



Beliau mengongsi bagaimana persekitaran kini lebih bermasalah, seperti pencerobohan Russia ke atas Ukraine yang melanggar Piagam PBB dan menjejaskan aturan berasaskan peraturan, serta kenaikan harga makanan dan minyak serta gangguan rantaian bekalan memburukkan lagi kemiskinan, malah boleh menyebabkan kebuluran.



"Ketidakpastian dan ancaman ini boleh mendatangkan bahaya besar kepada ekonomi, masyarakat, dan kewujudan negara kecil seperti kita. Kita sememangnya terdedah, dengan sedikit penampan terhadap kejutan," kata Encik Lee.



Tetapi beliau menegaskan bahawa mereka bukan tanpa agensi.



"Kekurangan kita daripada segi saiz, kita boleh ganti melalui ketangkasan, kepintaran dan kerjasama. Inilah cara kita boleh menjadi berkesan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menyokong dan menegakkan sistem berasaskan peraturan pelbagai hala."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >