Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

SINAR SYAWAL: MENANTI 2 JUN

Nenek sayu tidak dapat berkumpul Raya seperti selalu

May 24, 2020 | 05:30 AM



SETIBANYA hari pertama Syawal, beliau dengan kelima-lima anaknya, berserta cucu-cicitnya akan berkumpul ramai-ramai, membuatkan suasana Raya suatu yang meriah dan dinanti-nantikan.



Namun, Hari Raya kali ini sunyi buat Cik Nawiyah Adrahee, 76 tahun, yang tinggal berasingan daripada anak-anaknya.



Apa yang menemani pagi Syawal beliau hanya panggilan telefon bersama anak-anaknya dan juadah Raya yang telah dititip anak-anaknya ke rumah beliau.



"Memang sedih tak dapat berkumpul ramai-ramai macam selalu. Tapi anak-anak saya semua dah sediakan semua keperluan dan lauk Raya pun dah ada," ujarnya ketika dihubungi Berita Minggu (BM).



Sementara ramai warga Islam yang menyambut Raya di rumah di tengah-tengah pemutus litar ini dapat bersama di wadah dalam talian seperti Zoom dan sebagainya, Cik Nawiyah tidak dapat melakukan demikian bersama anak-anaknya kerana tidak mahir menggunakan teknologi.



Justeru, hanya panggilan telefon yang mampu beliau lakukan.



Menceritakan pengalaman menyambut Ramadan berjauhan dari anak-anak, Cik Nawiyah berkata: "Anak-anak saya telefon saya tiap-tiap hari untuk tanya khabar sepanjang Ramadan. Makanan buka puasa harian pun mereka dah pesan untuk dihantar ke rumah. Tapi saya rindu mereka kerana dah lama tak berjumpa.''



Sejak tempoh pemutus litar bermula, Cik Nawiyah belum berjumpa dengan anak-anaknya dan memilih untuk tidak tinggal bersama mereka memandangkan beliau tidak mahu meninggalkan warga Malaysia yang menyewa salah satu biliknya yang beliau sudah anggap "macam anak angkat".



Anak sulung Cik Nawiyah, Cik Saliha Bari, 56 tahun, berkongsi mereka adik-beradik sedaya upaya 'menemani' ibunya sepanjang pemutus litar dan tidak sabar untuk berkumpul lagi.



Justeru, beliau meluahkan kesedihan tidak dapat berkumpul ramai-ramai bersama adik-beradik dan ibunya, walaupun setelah tempoh pemutus litar berakhir 1 Jun ini memandangkan peraturan pemerintah baru-baru ini mengehadkan kunjungan kepada dua orang.



"Saya memang jangka terdapat sekatan ke atas jumlah orang yang berkumpul bagi sambutan Hari Raya setelah pemutus litar, tapi saya tak sangka ia dihadkan kepada dua orang sahaja.



"Nampaknya kami adik-beradik terpaksa membuat jadual nanti supaya dapat bergilir-gilir ke rumah mak...tak boleh bawa cucu-cucu sekali kalau kunjung mak.



"Untuk keluarga kecil mungkin senang tetapi untuk keluarga besar, sekatan ini agak sukar," ujarnya.




"Memang sedih tak dapat berkumpul ramai-ramai macam selalu. Tapi anak-anak saya semua dah sediakan semua keperluan dan lauk raya pun dah ada.

...Anak-anak saya telefon saya tiap-tiap hari untuk tanya khabar sepanjang Ramadan. Makanan buka puasa harian pun mereka dah pesan untuk dihantar ke rumah. Tapi saya rindu mereka kerana dah lama tak berjumpa.''

- Cik Nawiyah Adrahee, 76 tahun '




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >