New Life Stories ialah pertubuhan tidak mengambil untung yang memberi sokongan prasekolah kepada kanak-kanak yang mempunyai ibu di dalam penjara.
Ia memberikan sokongan holistik kepada ibu dan anak berkenaan.
Anak mendapat bimbingan pendidikan seperti membaca dan sokongan sosial, antaranya bagi menambah keyakinan diri di sekolah dan sebagainya.
Si ibu pula diberi sokongan emosi di dalam penjara dan selepas dibebaskan supaya mereka menyertai semula masyarakat dengan lebih selesa.
Hubungan antara ibu dengan anak juga dibina dan dikekalkan menerusi program membaca.
Si ibu akan merakam suaranya membaca cereka yang dikarang sendiri.
Rakaman itu akan disampaikan kepada anaknya oleh relawan.
Menurut pengasas New Life Stories, Cik Saleemah Ismail, pendidikan prasekolah dan sokongan emosi penting bagi kanak-kanak yang kurang didampingi ibu yang sedang menjalani hukuman penjara.
Berbekal pendidikan dan sokongan emosi berterusan ini, kanak-kanak itu diharapkan tidak akan terjerumus ke laluan hidup yang tidak diingini, meneruskan lingkaran musibah yang menjejas keluarga," kata Cik Saleemah.