Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ngee Ann Kongsi muncul penderma swasta terbesar

Dec 13, 2022 | 05:30 AM



NGEE Ann Kongsi muncul sebagai penderma swasta terbesar Singapura, dengan derma sebanyak $37.7 juta kepada pelbagai tujuan amal tahun lalu.



Ditubuhkan oleh sekumpulan pemimpin Teochew pada 1845, kumpulan dermawan itu mendapat tempat teratas dalam senarai 10 pertubuhan dermawan terbesar Singapura pada 2022 dari segi sumbangan yang diberikan.



Yayasan Lee, yang diasaskan oleh mendiang taikun getah Lee Kong Chian pada 1952, menduduki tempat kedua, dengan derma $32.3 juta pada 2021, lapor The Straits Times.



Di tempat ketiga ialah Yayasan Lien, yang memberikan $23.2 juta.



Terkenal dengan kerjanya dalam pendidikan awal kanak-kanak dan isu akhir hayat, ia ditubuhkan pada tahun 1980 oleh mendiang Lien Ying Chow, pengasas Overseas Union Bank.



Soristic Impact Collective, sebuah perunding, menyusun senarai 10 teratas berdasarkan maklumat yang tersedia secara umum seperti kenyataan tahunan kewangan terkini kumpulan, laporan tahunan dan maklumat lain yang disenaraikan di laman web Pesuruhjaya Amal.



Laporan itu dikeluarkan pada bulan November.



Perunding utama Soristic Pauline Tan berkata edisi pertama pada 2021 tertumpu terutamanya pada yayasan.



Tahun ini, ia memutuskan mengalihkan tumpuan kepada dermawan swasta.



Untuk laporannya, ia menyenaraikan 101 pertubuhan dermawan, di mana 10 kumpulan terbesar memberikan sejumlah $163 juta dalam bentuk geran.



Daripada 10 itu, empat adalah badan dermawan syarikat.



Firma itu ialah pemaju hartanah Ho Bee Group, Dewan Perniagaan Persekutuan Perniagaan Singapura, rangkaian pasar raya FairPrice dan gergasi hartanah CapitaLand Group.



Yayasan Ho Bee menduduki tempat keenam, Yayasan Persekutuan Perniagaan Singapura di tempat ketujuh, Yayasan NTUC FairPrice di tempat kesembilan dan Yayasan Harapan CapitaLand ke-10.



Keempat-empat kumpulan merupakan sebahagian daripada senarai 10 teratas buat kali pertama dalam edisi 2022.



Tiga lagi organisasi dermawan ditubuhkan oleh individu atau keluarga yang kaya.



Selain daripada yayasan Lee dan Lien, terdapat Yayasan Shaw, yang diasaskan oleh mendiang Runme dan Run Run Shaw dari Organisasi Shaw, mengambil tempat kelapan.



Dua kumpulan adalah dana nasihat penderma.



Yayasan SymAsia dan Yayasan Masyarakat Singapura masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima.



Encik James Teo Wee Wee, presiden Ngee Ann Kongsi, berkata:



"Kami bersyukur dan rasa rendah diri kerana diiktiraf sebagai salah satu daripada tiga organisasi dermawan terbesar Singapura.



"Ini hanya mungkin dilakukan kerana asas yang diletakkan oleh nenek moyang kami yang membolehkan kami terus menjana pendapatan untuk menyumbang kepada tujuan dalam bidang pendidikan, budaya dan kebajikan sosial sejak 1930-an."



Ngee Ann Kongsi mendapat hasil daripada usaha komersial seperti Ngee Ann City di Orchard Road. Ngee Ann Kongsi memiliki tanah tempat kompleks membeli-belah dan pejabat dibina, dan anak syarikatnya, Ngee Ann Development, menguruskan pemajakan ruang dalam kompleks itu.



Yayasan Ho Bee telah menyokong usaha-usaha yang terdiri daripada bidang seni, pendidikan hingga ke kebajikan sosial sejak ia ditubuhkan pada 2010. Ia memberikan $10.7 juta pada 2021.



Jutawan Chua Thian Poh, yang mengasaskan Ho Bee Group dan pengerusi yayasan itu, berkata pendidikan membantu menggalakkan mobiliti sosial.



"Itulah sebabnya ia sentiasa menjadi keutamaan kami untuk melabur dalam pendidikan holistik di mana generasi muda boleh diberi peluang untuk membuat perubahan transformatif sebenar dalam masyarakat," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >