Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NHB ajak warga sumbang idea lakar pelan induk Warisan SG 2.0

Aug 05, 2022 | 05:30 AM



RUANG bagi kraf di Armenian Street, inisiatif untuk mempromosikan sejarah Singapura di luar negara dan koleksi reka bentuk setempat nasional - demikian antara idea yang sedang dipertimbangkan bagi pelan induk warisan negara.



Bermula hari ini sehingga 30 November, orang ramai boleh memberi maklum balas mengenai idea-idea itu dan mencadangkan idea mereka sendiri kepada Lembaga Warisan Negara (NHB).



NHB sedang mengusahakan Pelan Warisan SG Kami 2.0 - pelan lima tahun bagi sektor muzium dan warisan yang akan dilancarkan pada 2023.



Sejak awal tahun lalu, NHB telah melibatkan lebih 650 rakan kongsi, ahli kreatif dan penggiat dalam lebih 50 perbincangan kumpulan fokus, di mana mereka membincangkan struktur bagi rancangan lima tahun itu.



Struktur itu mengandungi empat bidang tumpuan - masyarakat, identiti, industri dan inovasi, lapor The Straits Times.



Dengan memberi tumpuan kepada masyarakat, NHB mahu menyediakan lebih banyak peluang kepada orang awam untuk mencipta bersama kandungan dan program, termasuk melibatkan golongan muda dalam mengekalkan amalan budaya tidak ketara (intangible), mendokumentasikan perdagangan tradisional dan mencuba perkara yang baru kepada mereka.



Sementara itu, logo Tiger Beer dan cetakan batik pada kebaya sarung pramugari Singapore Airlines boleh menjadi sebahagian daripada koleksi desain ikon dan memorabilia negara - satu inisiatif baru yang dicadangkan di bawah bidang tumpuan identiti.



Dengan tumpuan industrinya, NHB juga sedang meneroka penyediaan ruang bagi kraf dan karya kreatif di Armenian Street, tempat di mana artis dan tukang seni tradisional boleh berkumpul.



Di bawah bidang tumpuan inovasi pula, NHB ingin memberi lebih banyak bantuan kepada pemilik monumen negara untuk mengekalkan harta mereka secara mampan.



Orang ramai boleh mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif ini dan berkongsi pandangan mereka di portal interaktif dalam talian serta di reruai fizikal yang terletak di Muzium Tamadun Asia (ACM), Galeri Warisan Geylang Serai, Pusat Warisan India, Pusat Warisan Melayu, Galeri Nasional Singapura, Muzium Negara Singapura dan Dewan Memorial Sun Yat Sen Nanyang.



Pengarah perancangan strategik dan pengurusan data NHB, Marcus Chee berkata, pandemik Covid-19 menyebabkan NHB menghasilkan lebih banyak kandungan digital - salah satu daripada beberapa matlamat pelan lima tahun pertama yang dilancarkan pada 2018.



Untuk memberi maklum balas mengenai rancangan warisan itu, orang ramai boleh melungsuri portal dalam talian untuk menjawab soalan berdasarkan empat bidang tumpuan, atau menulis maklum balas di salah satu daripada tujuh reruai tersedia.



Untuk maklumat lanjut, lungsuri laman https://www.nhb.gov.sg/heritage-plan-2




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >