Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NHB mula kumpul artifak bagi Peringatan Pengasas

Mar 10, 2021 | 05:30 AM



LEMBAGA Warisan Negara (NHB) akan mula mengumpul artifak dan cerita untuk projek Peringatan Pengasas yang akan dilancarkan pada 2027.



Barangan yang diperoleh daripada orang awam perlu ada kaitan dengan tunggak penting dalam sejarah Singapura dan mencerminkan nilai-nilai pendirian negara itu, kata Menteri Negara bagi Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Alvin Tan semasa perbahasan mengenai belanjawan kementeriannya kelmarin.



Memulakan konsep ini pada 2019 yang termasuk tasik, jejak hutan, galeri tontonan dan amfiteater, Projek Peringatan Pengasas ini akan mengariskan sumbangan pemimpin perintis negara ini, lapor The Straits Times.



Pembinaannya di Bay East Garden akan bermula tahun depan.



Encik Tan juga memberi kemas kini mengenai inisiatif Mengumpul Kontemporari Singapura oleh Muzium Nasional, yang bermula Mei lalu.



Sebagai salah satu daripada usaha untuk mengembang dan mempelbagaikan koleksi sejarah Singapura, projek ini telah mendapati sebanyak 4,000 penyerahan dokumen, termasuk gambar, akaun naratif, video, laman web dan barangan seperti poster dan pelitup istimewa oleh pereka.



Walaupun kebanyakan barangan ini menunjukkan pengalaman ramai semasa wabak Covid-19, Encik Tan berkata koleksi ini akan berkembang untuk tema yang berlainan dalam beberapa tahun yang akan datang.



"Ini akan mendorong warga Singapura untuk menyumbang objek yang paling mewakili dan mencirikan kehidupan di Singapura sejak kebelakangan ini," tambahnya.



Semasa perbahasan itu, Encik Darryl David (GRC Ang Mo Kio) berkata masih banyak yang perlu dilakukan untuk melindungi pusat penjaja supaya "anugerah itu lebih daripada sekadar piala untuk dibersihkan sekali-sekala"- merujuk kepada kejayaan Singapura mencalonkan budaya penjajanya ke senarai warisan budaya tidak ketara Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pada Disember lalu.



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Encik Edwin Tong berkata, orang ramai dapat menantikan pesta, pameran dan geran NHB yang berkaitan dengan budaya penjaja.



Antaranya termasuk pameran digital tafsiran puitis dan grafik budaya penjaja semasa Pesta Warisan Singapura tahun ini, dan paparan kandungan penjaja di stesen MRT terpilih.



Menteri Negara Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Low Yen Ling berkata NHB akan juga mengadakan konsultasi bagi orang awam untuk mengenal pasti pencalonan baru bagi senarai warisan budaya kemanusiaan tidak ketara Unesco.



Ini mungkin akan dipilih dari inventori warisan budaya tidak ketara NHB, yang kini mempunyai 97 amalan dan artifak budaya, termasuk xinyao jenis muzik Cina.



Kata Cik Low: "Saya mengajak semua warga Singapura untuk secara aktif menyumbangkan idea dan cadangan mereka kepada NHB apabila lebih banyak maklumat diumumkan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >