Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NHG lancar program kesihatan, jagaan sosial buat 1.5j penduduk

'Health Kampung' sediakan 450 program bagi penduduk di tengah, utara S'pura
Apr 15, 2023 | 05:30 AM



KUMPULAN Penjagaan Kesihatan Nasional (NHG) telah melancarkan buat kali pertamanya 'Health Kampung', sebuah wadah dengan lebih 450 program kesihatan dan penjagaan sosial.



Health Kampung menghimpunkan pelbagai program yang rencam bagi 1.5 juta penduduk di kawasan tengah dan utara Singapura.



Demikian diumumkan NHG semasa seminar pelan kerjanya yang diadakan pada 14 April.



Health Kampung bakal dilancarkan dalam dua fasa. Pertama, NHG telah bekerjasama dengan rakan kongsi masyarakat dan agensi kebangsaan untuk menawarkan rangkaian program komprehensif ini sebagai satu menu, yang direka untuk menggalakkan penduduk mengamalkan kehidupan lebih sihat.



Program-program ini antara lain, meliputi senaman dan pergerakan, diet dan pemakanan, kesihatan mental, kemahiran praktikal, dan sukarelawan.



Fasa kedua pula adalah untuk menggalakkan akses lebih mudah kepada seluruh program Health Kampung bagi penduduk.



Akses kepada program-program Health Kampung juga akan dipermudahkan melalui platform seperti portal web, aplikasi dan pusat panggilan yang akan mula beroperasi pada Julai 2023.



Melalui platform tambahan ini, penduduk akan dapat melihat sepintas lalu semua program yang diadakan, kemukakan soalan atau mendaftar bagi program yang diminati dengan mudah, kata NHG dalam kenyataan yang dikeluarkan.



"Selaras dengan SG Lebih Sihat, GP (doktor perubatan umum) akan memainkan peranan yang lebih besar dalam penjagaan kesihatan penduduk, dan akan membangunkan bersama pelan kesihatan yang diperibadikan berdasarkan gaya hidup, pemeriksaan kesihatan yang kerap dan vaksinasi yang sesuai.



"Bagi penduduk yang memerlukan lebih banyak sokongan, GP boleh mengarahkan mereka mengakses Health Kampung untuk menghubungkan mereka kepada program masyarakat yang ada," tambah kenyataan itu.



Health Kampung melengkapkan usaha berterusan NHG dan rakan kongsi penjagaan utama dan penjagaan masyarakatnya untuk membina Masyarakat Penjagaan (CoC) di setiap kawasan kejiranan.



Menurut NHG, sehingga kini, ia telah berjaya membentuk 77 CoC yang terdiri daripada rangkaian rakan kongsi setempat untuk memenuhi keperluan penduduk di kawasan kejiranan tertentu.



"Health Kampung NHG merupakan contoh kerjasama rapat kami dengan rakan kongsi setempat untuk menyepadukan penjagaan kesihatan dan sosial.



"Bersama dengan GP yang terlibat dalam SG Lebih Sihat, kami berharap dapat menyokong penduduk dalam menjalani kehidupan dengan baik, memenuhi pelan kesihatan mereka dan menghubungkan mereka dengan program berdekatan dengan tempat tinggal mereka.



"Pada bulan-bulan akan datang, kami menjangkakan lebih banyak program yang disediakan di Health Kampung," kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Penjagaan Bersepadu), NHG dan Ketua Pegawai Eksekutif, Hospital Tan Tock Seng (TTSH) & Kesihatan Pusat, Profesor Eugene Soh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >