Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nikmati muzikal ‘Trolls’, kegiatan Halloween serta derma buku lama

Sep 18, 2023 | 04:40 PM



Kunjungi: Halloween
bersama watak
Sesame Street di USS

Nikmati kegiatan Halloween tanpa berasa takut di Universal Studios Singapore (USS).

Watak-watak Sesame Street yang digemari ramai seperti Oscar the Grouch, Count von Count dan Cookie Monster akan memakai kostum terbaik mereka dan bersedia untuk bergambar bersama keluarga anda.

Watak Minion Monsters dari francais filem Despicable Me juga akan membuat kemunculan pada acara tersebut.


Usah lepaskan peluang tersebut dan pastikan anda datang awal untuk peluang bergambar bersama mereka dan menyaksikan persembahan yang telah mereka rancangkan.

Nantikan juga The Candy Conquest, sebuah pertarungan tarian dan pertunjukan gendang yang menampilkan dua kumpulan pencuri yang berjuang untuk mendapatkan stok makanan manis.


Ini adalah sebahagian daripada program Halloween ‘Trick Or Thrills’ taman tema itu, yang berlangsung sehingga 5 November.

Tiket masuk berharga $98 untuk dewasa dan $76 untuk kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun.

Setiap tiket termasuk baucar hidangan set Halloween dan barangan runcit USS. Kanak-kanak juga akan mendapat sebuah bakul labu untuk melakukan ‘trick-or-treat’.

Maklumat: Layari laman web, rwsentosa.com/trickorthrills


Saksikan: Persembahan muzikal ‘Trolls,
Hug Time Jubilee’







Satu lagi persembahan baru yang diadakan di USS ialah satu persembahan muzikal yang menampilkan watak animasi popular DreamWorks, Trolls (2016 hingga kini).


Watak filem tersebut, Branch dan Poppy sedang mencari penyanyi berbakat untuk turut beraksi dalam salah satu persembahan utama sambutan ‘Hug Time Jubilee’.

Sedang peserta menyanyikan lagu-lagu hit dan persaingan menjadi semakin sengit, perdebatan tentang siapa yang layak menang juga mula timbul.

Persembahan muzikal itu juga akan menampilkan watak Cloud Guy, yang akan membuat kemunculan sulungnya di taman tema Universal Studios, bersama satu lagi watak, Guy Diamond.

Persembahan selama 25 minit yang dilancarkan Jumaat lalu, menggantikan persembahan bertemakan Sesame Street, Elmo’s TV Time di Hollywood Pantages Theatre, USS.


Persembahan ini ditayangkan beberapa kali sepanjang hari. Pengunjung boleh melihat pada papan masa tayangan dan aplikasi USS untuk masa tayangan.

Derma: Buku
kanak-kanak
berbahasa Inggeris







Anak-anak anda mempunyai buku-buku yang mereka gemar baca namun tidak mempunyai ruang di rak buku untuk menyimpannya?

Jika buku-buku itu dalam bahasa Inggeris dan sesuai untuk mereka yang berumur 15 tahun ke bawah, anda boleh kongsikannya dengan kanak-kanak di Afrika Selatan.

Ini merupakan tahun ke-14 Sony Group of Companies di Singapura menganjurkan kempen derma buku untuk Projek Perpustakaan Mudah Alih Afrika Selatan, yang memanfaatkan sekitar 850 sekolah setempat di sembilan wilayah.

Projek tersebut bagaimanapun tidak mengambil ensiklopedia, buku rujukan, buku penilaian, buku teks dan majalah.

Buku-buku yang masih dalam keadaan baik boleh dihantar dari Isnin hingga 1 Oktober di Sony Store di 313@Somerset antara 11 pagi dengan 9 malam.

Sepanjang dekad lalu, Singapura telah menjadi penyumbang terbesar dalam kalangan negara yang mengambil bahagian – termasuk Australia dan Canada – dengan lebih 134,000 buku disumbangkan.

Maklumat: Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang projek ini, layari laman web, sony.net/library




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >