Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tayo Station kembali! Jom naik kereta elektrik mini!

Sep 12, 2023 | 05:30 AM



Tayo Station
dibuka semula

Taman permainan dalam bangunan Tayo Station di Downtown East kini dibuka semula selepas dua bulan menjalani kerja-kerja peningkatan.

Ia menampilkan litar jalan raya diperluas dengan kanak-kanak boleh menaiki kereta berwarna-warni dan ‘memandu’.

Terdapat juga pelbagai gelongsor dan terowong, jambatan gantung dan tempat main berisi bola.

Sementara itu, arked bola keranjang baru membolehkan sehingga tiga pemain menunjukkan kemahiran mereka dalam sukan tersebut.

Jika ibu bapa ingin meraikan hari lahir anak mereka, mereka boleh saja menempah bilik parti yang sedia ada.

Tayo Station bertemakan siri animasi Korea Selatan yang mengisahkan tentang bas biru kecil bernama Tayo dan rakan-rakannya mengembara di dalam bandar.

Ia dilancarkan di Singapura pada 2018, menjadikan ia taman permainan berdasarkan watak Tayo yang pertama di Asia Tenggara dan di luar Korea Selatan.

Harga tiket bermula pada $27.90 bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dengan satu orang dewasa yang menemani.

Tiket bagi bayi berusia bawah sembilan bulan berharga $10.

Layari laman tayostation.com untuk butiran lanjut.

Naik kereta elektrik mini

Musim Grand Prix Formula Satu (F1) sudah tiba, dan kanak-kanak berpeluang menaiki kereta elektrik mini dan menikmati beberapa pusingan di pusat beli-belah Marina Square.

Dari 12 hingga 17 September, atrium pusat beli-belah itu akan diubah menjadi litar sepanjang 11 meter bagi Perlumbaan Junior Rev ‘N’, yang dibuka kepada kanak-kanak berusia empat hingga sembilan tahun.

Berbelanja sekurang-kurangnya $10 di pusat beli-belah itu dari Isnin hingga Jumaat, atau $20 pada hujung minggu untuk peluang menaiki kereta selama tiga minit.

Setiap kanak-kanak boleh naik kereta dua kali sehari, dari 1 petang hingga 8 malam.

Kanak-kanak juga boleh memakai pakaian lumba dan bergambar di podium, serta bermain permainan arked bertemakan perlumbaan.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web, https://www.marinasquare.com.sg/articles/article-5vbm1en7.

Set Lego Friends
untuk remaja

Siri Lego Friends popular biasanya disasarkan untuk tukang bina kanak-kanak prasekolah hingga anak-anak muda berusia lapan hingga 12 tahun.

Namun, dua set daripada koleksi terkininya telah direka khas bagi golongan remaja.

Set 41757 Botanical Garden, yang berharga $139.90, merupakan sebuah rumah kaca elegan dengan pelbagai butiran rumit.

Sedang anda membaca manual panduan tentang cara membinanya, anda juga akan belajar nama-nama bunga dan kupu-kupu yang memberi inspirasi kepada set tersebut, seperti prunus mume (pokok bunga plum), plumeria (bunga kemboja) dan morpho peleides (sejenis kupu-kupu dengan sayap biru).


Set 41737 Beach Amusement Park, yang berharga $169.90, pula menampilkan bahagian khusus seperti susunan roda-roda bergigi dan gandar, biasanya ditemui dalam siri kenderaan Lego Technic.

Ini membantu memutarkan karusel, mesin luncur ombak dan permainan galeri menembak.

Kedua-dua set itu boleh dibeli di kedai Lego yang diperakui, kedai rasmi Lego di wadah e-dagang, Lazada, Shopee dan Amazon, serta kedai runcit utama dan gedung serbaneka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >