Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nilai tanah harus diambil kira dalam kos perumahan awam

Feb 07, 2023 | 05:30 AM



NILAI tanah harus diambil kira dalam kos perumahan awam agar manfaatnya dapat disalurkan semula kepada negara atau rizab supaya dapat dilaburkan semula untuk mewujudkan lebih banyak nilai, kata Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Cheng Hsing Yao.



Jika nilai tanah tidak diambil kira dalam kos perumahan awam, ia akan mewujudkan "lingkaran terbuka" bagi nilai tanah diberikan secara percuma, di mana sesetengah segmen masyarakat akan menikmati durian runtuh ketara daripada tanah percuma itu, manakala yang lain perlu membayar bagi durian runtuh itu.



Menyertai bahas dalam usul berhubung isu perumahan awam di Parlimen semalam, Encik Cheng menjelaskan bahawa tanah adalah berharga di Singapura disebabkan ekonomi negara ini yang bertenaga, hubungan pemerintah, kesatuan dan majikan yang baik, masyarakat yang harmoni, dan sektor awam, swasta serta masyarakat yang bekerja keras untuk menjadikan Singapura berjaya.



Terdapat juga pelaburan langsung daripada wang pembayar cukai untuk menjadikan tanah berguna dan lebih berharga, tambah beliau.



"Untuk mengabaikan nilai tanah apabila mengira kos perumahan awam kita bermakna kita menghapuskan pelaburan ke dalam ekonomi, masyarakat dan persekitaran kita oleh generasi-generasi sebelum ini.



"Menghapuskan pelaburan langsung dalam perancangan, infrastruktur dan penyenggaraan. Menghapuskan nilai bagi pihak generasi terdahulu, masa kini dan masa depan rakyat Singapura," kata beliau.



Encik Cheng turut menyentuh tentang harga perumahan awam di estet matang, sambil berkata flat di estet sedemikian lebih mahal jika dibandingkan dengan estet bukan matang kerana ia biasanya terletak lebih dekat dengan kawasan bandar, dan mempunyai kemudahan lebih mantap serta telah diperbaharui atau dipertingkat.



Di samping itu, harganya juga lebih tinggi kerana orang ramai bersedia membayar lebih untuk tinggal di estet sedemikian.



Sekiranya harga ditekan secara buatan melalui beberapa bentuk kawalan harga, subsidi tambahan atau geran kepada pembeli, "kami akan memutarbelitkan harga sebenar", kata Encik Cheng.



"Estet matang akan mempunyai terlebih permintaan, yang akan membawa kepada bentuk pengundian untuk memperuntukkan flat.



"Pemenang undian itu akan menikmati faedah yang tidak seimbang berbanding mereka yang tidak," kata beliau.



Encik Cheng menambah bahawa gesaan untuk menurunkan harga flat di estet matang, atau menyediakan lebih banyak geran untuk menjadikannya lebih mudah diakses akan membawa kepada perkara yang sama - iaitu lebih banyak subsidi dalam bentuk wang pembayar cukai atau menggunakan wang dalam rizab.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >