Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NLB anjur pelbagai program bahasa Melayu di festival baca

Jun 27, 2023 | 10:49 AM



Festival membaca bagi golongan dewasa anjuran Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) kini berlangsung dengan pelbagai program termasuk ceramah, sesi perbincangan dan bengkel.

Diadakan sehingga 16 Julai ini, festival yang dinamakan ‘Read! Fest 23: Flourish’, turut mengetengahkan program dalam bahasa Melayu dan menampilkan penceramah dari masyarakat bahasa serta budaya setempat.

Antara topik perbincangan termasuk sastera sebagai alat sosial, budaya gastronomi masyarakat Melayu dan cabaran keibubapaan, pengajaran dan pembelajaran.

Berikut adalah program dan pautan untuk mendafar.







Forum Kesusasteraan: Sastera Sebagai Alat Dokumentasi 

Membincangkan sastera sebagai alat sosial untuk mendokumentasi memori masyarakat

Sabtu, 1 Julai 2023

11 pagi – 12.30 tengah hari

The POD, Level 16, National Library Building

Pautan untuk mendaftar: https://www.eventbrite.sg/e/635058185127







Santan, Susu Rendah Lemak & Tairu: Sebuah Dialog Gastronomi Melayu

Membincangkan mengenai makanan sebagai warisan budaya dengan tumpuan kepada tradisi masakan dan budaya gastronomi masyarakat Melayu.

Sabtu, 1 Julai 2023

2 petang – 3.30 petang

The POD, Level 16, National Library Building

Pautan untuk mendaftar: https://www.eventbrite.sg/e/635081735567







Melayu untuk Melayu: Sebuah Teater Forum Untukmu

Turut serta untuk bersama-sama aktif memikirkan dan menyelesaikan persoalan yang dipentaskan.

Ahad, 2 Julai 2023

11 pagi – 12.30 tengah hari

Possibility Room, Level 5, National Library Building

Pautan untuk mendaftar: https://www.eventbrite.sg/e/635087201917







Membangun Generasi Dalam Era Revolusi Digital

Perbincangan mengenai cabaran keibubapaan, pengajaran dan pembelajaran dalam era revolusi serta ledakan teknologi digital.

Sabtu, 8 Julai 2023

2 petang – 3.30 petang

The POD, Level 16, National Library Building

Pautan untuk mendaftar: https://www.eventbrite.sg/e/635110361187







Penulisan Kreatif dan Kritis: Sembang Santai Bersama Penulis Wan Jumaiah Mohd. Jubri

Ketahui proses ketukangan penulis Wan Jumaiah mendokumentasikan pemerhatian kritisnya terhadap isu masyarakat dalam karyanya.

Sabtu, 8 Julai 2023

11 pagi – 12.30 tengah hari

The POD, Level 16, National Library Building

Pautan untuk mendaftar: https://www.eventbrite.sg/e/635092176797







Tunjuk Perasaan

Kembangkan daya kreativiti anda bagi menghasilkan sebuah karya seni bersumberkan teks pilihan.

Sabtu, 8 Julai 2023

6 petang – 7.30 malam

The POD, Level 16, National Library Building

Pautan untuk mendaftar: https://www.eventbrite.sg/e/635067432787







Falsafah Pendidikan dalam Karya & Pemikiran Azizi Hj Abdullah

Membicarakan tentang hubungan antara golongan pendidik dengan masyarakat yang tersirat dalam cerpen-cerpen Azizi Hj Abdullah.

Sabtu, 15 Julai 2023

11 pagi – 12.30 tengah hari

Possibility Room, Level 5, National Library Building

Pautan untuk mendaftar: https://www.eventbrite.sg/e/635068485937







Kisahnya! Cerita Lama Untuk Hari Muka

Pembentangan karya terbaik ahli panel yang merakam kehidupan di kampung sekitar Singapura dan pengalaman belajar di sekolah Melayu.

Sabtu, 15 Julai 2023

2 petang – 3.30 petang

Imagination Room, Level 5, National Library Building

Pautan untuk mendaftar: https://www.eventbrite.sg/e/635074664417




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >