Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif NLB pinjam dan hantar buku ke rumah

Jun 12, 2023 | 06:45 PM



Anda yang tinggal berjauhan daripada perpustakan dan terlalu kesuntukan masa untuk keluar meminjam buku, kini boleh membuat pinjaman buku secara dalam talian dan mendapatkannya menerusi penghantaran ke rumah.

Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) menerusi inisiatif ‘Borrow-n-Deliver’ atau ‘Pinjam dan Hantar’ membolehkan pelanggan meminjam sehingga empat bahan yang terdapat dalam e-katalognya dan mengatur untuk penghantaran ke rumah dengan bayaran sebanyak $8 (sebelum GST). Perkhidmatan percubaan selama setahun itu dimulakan pada 12 Jun, menurut satu kenyataan NLB pada Isnin.


Bahan yang boleh dipinjam itu termasuk buku, majalah dan bahan audio dan visual. Tetapi, pelanggan perlu memulangkan bahan-bahan yang dipinjam itu secara fizikal di mana–mana perpustakaan awam.

Ketua Eksekutif NLB, Encik Ng Cher Pong, berkata inisiatif itu bertujuan menjadikan pembacaan dan pembelajaran lebih mudah diakses oleh orang ramai.

“Kami teruja untuk mencuba cara baru untuk menyediakan koleksi perpustakaan kami dengan lebih muda bersama pelanggan.

“Keputusan untuk memulakan inisiatif ini berlaku selepas mendengar daripada pelanggan kami bahawa perkhidmatan penghantaran untuk buku fizikal akan membantu mereka, terutamanya untuk keluarga dan individu yang kesuntukan masa,” kata Encik Ng.

Inisiatif itu, yang akan berlangsung sehingga Mei 2024, boleh dimanfaatkan oleh semua ahli NLB yang tidak mempunyai yuran tertunggak dalam akaun keahlian mereka, dan belum mencapai kuota pinjaman mereka.

Bahan-bahan yang dipinjam boleh dihantar ke mana-mana daerah seluruh pulau, termasuk Sentosa, dari Isnin hingga Jumaat antara 9 pagi dan 6 petang, melalui pembekal perkhidmatan logistik luaran.

Dalam satu lagi perkembangan, pada Mei, NLB telah meluaskan perkhidmatan langganan buku kanak–kanaknya, The Little Book Box, dengan menyertakan buku-buku berbahasa ibunda. NLB berharap dapat memupuk minat dalam bahasa ibunda di kalangan kanak–kanak.


Perkhidmatan langganan ini, yang dilancarkan pada 2020, menyediakan buku sesuai untuk kanak–kanak berumur empat hingga sembilan tahun setiap bulan.

Pelanggan perkhidmatan itu membayar $10 sebulan untuk menerima buku yang dihantarkan ke rumah mereka, atau $8 sebulan untuk mengambilnya dari loker Pick.

Pick merupakan anak syarikat Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

Pelanggan kini mempunyai pilihan untuk menerima lapan buku bahasa Inggeris, atau empat buku bahasa Inggeris dan empat bahasa ibunda.

NLB berkata lebih 500 pelanggan telah mendaftar untuk pilihan bahasa ibunda.

Lembaga itu menambah bahawa ia bekerjasama rapat dengan pendidik untuk menyediakan buku yang sesuai untuk kumpulan umur yang berbeza.

Kanak–kanak berumur empat hingga enam tahun menerima buku bergambar, manakala kanak–kanak berumur tujuh hingga sembilan tahun menerima dua buku bergambar dan dua buku fiksyen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >