Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akta bagi biaya prasarana penting

Apr 06, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH boleh meminjam sehingga $90 bilion bagi projek prasarana utama, seperti laluan MRT baru, yang boleh bertahan sekurang-kurangnya 50 tahun, jika satu rang undang-undang baru diluluskan.



Akta Pinjaman Pemerintah Bagi Prasarana Penting (Singa) akan memberi laluan kepada pemerintah untuk membiayai projek jangka panjang sedemikian menerusi pinjaman.



Rang undang-undang itu diperkenalkan di Parlimen semalam oleh Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, yang juga Menteri Kewangan.



Semalam, Kementerian Kewangan (MOF) berkata terdapat dua langkah perlindungan utama di bawah rang undang-undang itu - dari segi jenis projek yang layak bagi pinjaman sedemikian, serta jumlah pinjaman yang boleh dikumpul.



Antara projek yang layak bagi pembiayaan tersebut adalah "prasarana yang penting dari segi nasional" - yang menyokong produktiviti nasional atau kemampanan ekonomi, sekitaran atau sosial.



Contoh prasarana ini termasuk lebuh raya utama dan juga struktur untuk merawat air.



MAS bertujuan mengeluarkan bon di bawah Singa sebagai kategori baru Sekuriti Pemerintah Singapura (SGS), yang dinamakan SGS (Prasarana). MAS menjangkakan pengeluaran pertama SGS (Prasarana) pada suku keempat tahun ini.



Laporan lanjut: Pemerintah boleh pinjam $90b bagi projek prasarana: Rang undang-undang baru




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >