Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AJARAN SESAT

Jawatankuasa Fatwa pastikan proses siasatan ketat

Ini termasuk kes kurang bukti yang akan disiasat lagi jika timbul bukti baru
Dec 11, 2021 | 05:30 AM



JAWATANKUASA Fatwa mengikuti proses yang ketat dalam memutuskan adakah sesuatu ajaran itu sesat, termasuk usaha mendapatkan bukti yang jelas dan kukuh yang harus dikaitkan secara langsung kepada individu atau kumpulan yang didakwa menyebar ajaran tersebut.



Bagi kes yang tidak mempunyai bukti kukuh, jawatankuasa itu akan memulakan proses semakan baru sekiranya mereka menerima bukti baru yang memenuhi keperluan bagi menjalankan siasatan terhadap sesuatu ajaran sesat, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Muis berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) menyusuli pengumuman fatwa bagi membantu masyarakat mengenal pasti ciri-ciri ajaran sesat baru-baru ini.



"Jawatankuasa itu mengikuti proses yang ketat sebelum menentukan status sesuatu ajaran, termasuk mendapatkan bukti yang jelas dan disokong yang boleh dikaitkan secara langsung kepada individu atau kumpulan tertentu, serta menentukan sama ada ajaran atau amalan itu bercanggah dengan Islam sebagaimana yang diterima dan diamalkan secara meluas oleh ulama dan umat Islam," kata Muis.



Pada Rabu lalu, Muis telah mengeluarkan fatwa mengenai ajaran sesat, yang mengandungi panduan terhadap empat ciri ajaran sesat.



Empat ciri itu ialah: dakwaan oleh guru yang menerima wahyu atau ilham; mengubah hukum agama seperti mengamalkan nikah batin; percaya kepada maksud tersembunyi di sebalik Al-Quran yang bercanggah dengan ajaran yang diketahui; serta amalan ruqyah atau rawatan kerohanian yang melanggar prinsip agama.



Fatwa itu dikeluarkan menyusuli soalan yang diterima berkenaan laporan media pada 9 November tahun lalu tentang kes ajaran sesat.



Kes itu melibatkan seorang lelaki yang didakwa mengaku dirinya 'nabi' dan mengamalkan nikah batin.



Oktober lalu, Muis berkata ia telah selesai membuat siasatan berhubung kes itu, dan telah membuat satu laporan polis hasil siasatan tersebut.



Muis berkata semua fatwa mengenai ajaran sesat mengikuti proses yang ketat.



"Sekiranya Jawatankuasa Fatwa telah menerima bukti yang mencukupi dan boleh dipercayai, ia akan menentukan status ajaran mereka itu dan mengeluarkan fatwa jika ianya menyeleweng.



"Bukti ini termasuk buku dan tulisan dengan pautan yang jelas kepada pengajaran tertentu; laman web yang menyebarkan ajaran tersebut; dan pengakuan oleh pemimpin dan pengikut ajaran ini bahawa mereka menyebarkan dan mengikuti ajaran tersebut," tambah Muis.



Bagaimanapun, ia menegaskan bahawa walaupun fatwa tidak dapat dikeluarkan disebabkan kekurangan bukti, Jawatankuasa Fatwa tetap akan mengingatkan dan menasihati individu yang didakwa terlibat untuk menghentikan sebarang amalan yang meragukan atau menyeleweng.



Dalam pada itu, mereka juga dinasihati untuk menuntut ilmu agama dari para asatizah yang berwibawa dan berkelayakan yang diiktiraf di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).



"Jika bukti baru muncul dan memenuhi keperluan untuk semakan kes yang mewajarkan pengeluaran fatwa ke atas individu atau kumpulan tertentu, Jawatankuasa akan memulakan proses semakan dalam masa terdekat," kata Muis.



Masyarakat Melayu/Islam Singapura dinasihati untuk terus berwaspada terhadap sebarang ajaran agama yang diamalkan secara rahsia ataupun melalui sumber yang tidak pasti.



Sejak penubuhan Jawatankuasa Fatwa pada 1968, lebih daripada 30 fatwa mengenai ajaran sesat atau meragukan serta amalan menyeleweng telah dikeluarkan. Antaranya seperti 'Ajaran Hassan Bin Jonit', 'Madrasah Faiz Al-Baqarah', 'Buku Hakikat Insan yang oleh Ahmad Laksamana' dan 'Fahaman Yayi'.




Laporan lanjut : Ajaran sesat wujud; Mufti, Jawatankuasa Fatwa pastikan Muslim tidak tersasar: Ustaz Hasbi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >