Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Bimbing warga emas tunai zakat dalam talian

May 01, 2020 | 05:30 AM



INDIVIDU Muslim digalak membantu anggota keluarga mereka dari kalangan warga emas yang ingin menunaikan zakat berbuat demikian menerusi wadahwadah elektronik yang disediakan.



Langkah ini bertujuan menjaga kesihatan golongan tersebut agar mereka tidak perlu keluar rumah untuk menunaikan zakat menerusi amil di kaunter-kaunter yang kini hanya dibuka di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) di Braddell Road.



Singapura kini dalam pelaksanaan sekatan pemutus litar bagi mencegah penularan wabak Covid-19, dan orang ramai khususnya warga emas dinasihatkan supaya duduk di rumah saja.



Ini kerana golongan warga emas lebih terdedah kepada ancaman Covid-19 yang boleh membawa maut ekoran daya ketahanan tubuh mereka yang lebih rendah.



Sejauh ini, kesemua kes kematian membabitkan Covid-19 di Singapura merupakan pesakit berusia lebih 60 tahun.



Dalam tempoh ini juga, semua masjid – yang merupakan wadah utama bagi masyarakat Islam menunaikan zakat – perlu ditutup, sekali gus memaksa bayaran zakat dilakukan secara elektronik termasuk menerusi laman web dalam talian.



Hampir 10 kaedah pembayaran secara elektronik disediakan bagi menunaikan zakat tahun ini. Bayaran tunai hanya diperboleh di kaunter-kaunter Muis di ibu pejabatnya.



Timbalan Pengarah Sistem Aset dan Endowmen, Muis, Encik Masagoes Isyak Amin, berbesar hati kerana ramai anggota masyarakat Islam peka akan tanggungjawab mereka mengenai zakat dan tampil untuk menunaikannya termasuk warga emas.



“Namun pihak kami juga prihatin tentang keselamatan warga emas yang datang untuk menunaikan zakat di kaunter-kaunter Muis.



“Adakalanya mereka perlu menunggu lama kerana terdapat ramai pembayar lain, dan ini boleh mendedahkan mereka kepada risiko jangkitan yang tidak kami ingini.



“Justeru, kami amat menggalakkan orang ramai yang mempunyai anggota keluarga warga emas supaya membantu mereka menunaikan zakat dalam talian atau secara elektronik,” jelas Encik Masagoes Isyak.



Dalam pada itu, beliau juga sedar terdapat segolongan masyarakat yang kurang selesa dan tidak biasa menggunakan wadahwadah elektronik yang baru itu untuk membuat bayaran.



Encik Masagoes Isyak memberi jaminan “kesemua wadah yang disediakan Muis selamat dan mudah digunakan.”



“Pihak kami telah menyediakan pelbagai maklumat di laman web dan wadahwadah media sosial Zakat.sg untuk membimbing orang ramai mengira zakat dan memanfaatkan wadah-wadah baru itu agar mereka dapat membayar zakat dengan penuh yakin.



“Mereka kemudian digalakkan membimbing angota keluarga mereka dari kalangan warga emas menunaikan zakat,” kata Encik Masagoes Isyak.




ZAKAT DAN KAEDAH PEMBAYARAN



Talian hotline juga disediakan bagi menjawab sebarang pertanyaan mengenai zakat.



Kadar Zakat Fitrah

Kadar zakat fitrah bagi tahun ini ditetapkan pada $5.10 bagi kadar biasa, iaitu berdasarkan penggunaan beras gred biasa, dan $7.50 bagi kadar lebih tinggi, berdasarkan penggunaan beras gred lebih tinggi.



Nisab zakat harta

Nisab zakat harta bagi bulan Mei pula adalah $6,788.

Orang ramai yang memerlukan bantuan untuk mengira zakat mereka boleh ke laman www.zakat.sg atau hubungi 6359-1199.



Kaedah pembayaran

Selain kaunter Muis, berikut semua kaedah pembayaran zakat yang disediakan tahun ini:

Laman www.zakat.sg (eNETS)

PayNow ke No. UEN T08GB0028LZKT (kaedah paling popular)

Stesen-stesen AXS. Lungsuri bit.ly/lokasi-axs untuk dapatkan lokasi stesen. (Kad NETS dan debit)

Kiriman cek ke Muis di 273 Braddell Road Singapura 579702

GIRO (Muat turun borang di www.zakat.sg)

Mesin ATM POSB & DBS ((kad NETS dan debit)



Aplikasi bank

DBS & POSB (Zakat Harta)

OCBC Al-Wadiah (Zakat Harta)

CIMB Clicks (Zakat Harta & Zakat Fitrah)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >