Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NParks perluas pelan induk perkebunan SG

Mar 21, 2021 | 05:30 AM



LEBIH ramai warga Singapura kini boleh cuba berkebun sekali gus menghidupkan matlamat negara sebagai Bandar Hijau.



Hal ini demikian kerana Lembaga Taman Negara (NParks) baru sahaja mengenalkan dua usaha baru di bawah Pelan Induk Hortikultur Boleh Dimakan semalam.



Pelan induk berkenaan, yang dilancarkan pada 2017, bermatlamat menyediakan lebih banyak ruang dan latihan bagi pekebun baru dan veteran bercucuk tanam.



Di samping itu, rancangan melibatkan usaha mengenalkan lebih banyak spesies tumbuhan dan teknologi cucuk tanam.



Pertama, NParks akan mengedarkan 3,000 benih rencam secara percuma kepada warga yang mahu menyertai Pertandingan Cucuk Tanam Tumbuhan Boleh Dimakan edisi Oktober ini.



Kedua, NParks akan berusaha menjalin kerjasama dengan syarikat berteraskan maslahat sosial untuk menubuhkan perkebunan bandar pada peringkat masyarakat di estet perumahan.



Dua usaha itu diumumkan dalam sidang media melalui wadah Zoom sebelum berlangsungnya majlis penganugerahan pertandingan sama edisi Mac di HortPark dalam kawasan Telok Blangah pada 9 pagi.



Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) merangkap Menteri Kedua Kewangan dan Pembangunan Negara, Cik Indranee Rajah, turut menyentuh hal tersebut dalam ucapannya sebagai tetamu terhormat acara di HortPark.



"Pekebun memainkan peranan penting dalam perubahan Singapura menjadi Bandar dalam Taman. Bahagian kehijauan kecil, baik di kebun masyarakat mahupun sepanjang koridor rumah, mampu mencantikkan lagi negara kita.



"Usaha sebegitu juga berupaya memperkukuh ekosistem bandar dengan menjadi lebih mesra kepada pelbagai spesies burung, rama-rama dan haiwan lain yang tolong menyebarkan penumbuhan tanaman.



"Usaha menanam tanaman yang boleh dimakan turut meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan makanan dan perlunya mengurangkan pembaziran.



"Perkebunan juga melengkapi usaha 30 Menjelang 30 yang bertujuan menghasilkan 30 peratus daripada keperluan zat warga menjelang 2030.



"Hal tersebut sebahagian strategi kami mahu memperkukuh bekalan makanan serta membina daya tahan sosial lebih utuh," ujar Cik Indranee.



Lanjutan itu, NParks berkata skim perkebunan diperuntuk bagi orang ramai telah meningkat daripada 80 ruang dalam projek perintis di HortPark pada 2016 kepada lebih 1,700 ruang di 20 taman serata negara. Kesemua ruangan tersebut sudah pun diperuntukkan.



Pendaftaran bagi tambahan 230 ruang di empat taman, iaitu HortPark (60 tempat), Clementi Woods (49 tempat), Bishan-Ang Mo Kio (68 tempat) dan Punggol (56 tempat), kini dibuka hingga 3 April 10 malam.



Layari dan daftar di laman www.nparks.gov.sg/gardening/allotment-gardens. Ruangan akan diberi mengikut cabutan komputer.



Sebelum ini, NParks turut bergabung tenaga dengan pelbagai pertubuhan masyarakat dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk menyepadukan penubuhan kebun dalam pembinaan bangunan serta perancangan bandar.



Di bawah pelan induk juga, NParks sebelum ini mengedarkan 460,000 peket benih bagi program Gardening with Edibles berserta sumber dan bengkel dalam talian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >