Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NSF terbunuh dalam kes Bionix: Kapten dijatuhi hukuman bulan depan

Dec 21, 2021 | 05:30 AM



KAPTEN Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), yang terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaan tempur infantri Bionix mengakibatkan seorang anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) terkorban, akan dijatuhkan hukuman bulan depan.



Ini selepas Ong Lin Jie telah mendapatkan khidmat peguam bela baru, Encik R. Thrumurgan dari Trident Law.



Warga Singapura berusia 30 tahun itu sebelumnya diwakili Encik Teo Choo Kee.



Semalam, Encik Thrumurgan memberitahu Hakim Daerah Jasvender Kaur bahawa beliau mengambil alih kes itu Jumaat lalu dan memerlukan lebih masa untuk menelitinya.



Kes Ong kini ditangguh kepada 21 Januari 2022 untuk mitigasi dan hukuman.



Bulan lalu, Hakim Jasvender mensabit Ong kerana melakukan perbuatan terburu-buru yang membawa kepada kematian Korporal Kelas Pertama (CFC) Liu Kai, 22 tahun.



Kemalangan tersebut berlaku semasa satu latihan Regimen Berperisai Battalion Singapura ke-42 pada 3 November 2018.



Ong didapati bertindak terburu-buru kerana gagal mengekalkan jarak selamat 30 meter antara Land Rover yang dipandu mendiang CFC Liu dengan Bionix terbabit, dan mengarah CFC Liu untuk memotong Bionix di depan.



Ong, yang merupakan pelatih platoon bersama Pusat Latihan Unit Perisai di Institut Latihan Perisai pada ketika itu, memberi arahan untuk Land Rover itu bergerak ke depan meskipun ia tidak selamat dan tanpa terlebih dahulu berkomunikasi dengan kenderaan lain.



Namun Bionix itu kemudian berundur ke belakang sebelum melanggar Land Rover tersebut.



Dalam hujah mereka awal tahun ini, Timbalan Pendakwa Raya Hay Hung Chun, Zhou Yihong, Angela Ang dan Benedict Chan berkata peraturan jarak selamat 30 meter adalah "satu prinsip utama keselamatan" yang diajar kepada semua komander dalam formasi perisai, termasuk Ong, dan akan ditekankan semula semasa taklimat keselamatan sebelum semua latihan perisai.



Pihak pendakwa juga telah menegaskan bahawa tujuan mengekalkan jarak keselamatan ini adalah untuk memastikan semua pihak mempunyai masa reaksi mencukupi untuk mengelakkan sebarang kemungkinan perlanggaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >