Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC akan usul semak akta demi sokongan lebih baik bagi yang kerja sendiri

Feb 24, 2021 | 05:30 AM



DEMI memastikan mereka yang bekerja sendiri mendapat sokongan lebih baik, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) akan mengusulkan Akta Kesatuan Kerja dan Akta Hubungan Industri disemak supaya undang-undang yang dibentuk memenuhi keperluan pekerja bebas.



Demikian menurut Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Patrick Tay, dalam satu pos di blognya, dengan beliau menyentuh tentang cara bekerja baru berupaya mengubah landskap pekerjaan di Singapura.



Menurutnya, keprihatinan tersebut akan diketengahkan dalam Perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan datang.



"Saya mengalu-alukan pertukaran (idea) rancak dalam membentuk perkembangan undang-undang tempatan berkaitan hak pekerja bebas," tulisnya.



Dalam pos tersebut, beliau juga memberi contoh isu berkaitan tuntutan pemandu yang menggunakan aplikasi Uber di United Kingdom, yang ingin mendapatkan gaji minimum dan manfaat pekerja yang lain.



Beliau berkata, walaupun undang-undang Singapura dan UK berbeza, ada persamaan antara aplikasi Uber dan aplikasi kenderaan sewa lain di Singapura.



Dalam kes di UK, mahkamah memutuskan pemandu boleh menuntut hak pekerja daripada Uber berdasarkan beberapa faktor. Ini termasuk memandangkan Uber berkuasa menentukan bayaran bagi setiap penumpang yang menaiki kereta Uber serta kontrak dan syarat yang ditentukan sebelum menawarkan khidmat mereka.



Faktor-faktor yang dipertimbang itu secara keseluruhan menunjukkan Uber mempunyai kuasa untuk mengawal pemandu yang menawarkan khidmat di bawah jenamanya, dan ini serupa ciri hubungan antara pekerja dan majikan dan mereka berhak mendapatkan manfaat pekerja di bawah undang-undang.



"Dengan situasi Covid-19 ini, lebih ramai meneroka cara baru untuk bekerja, contohnya dengan bekerja dari rumah, pekerjaan mikro dan lain-lain.



"Landskap buruh perlu berubah untuk menyesuaikan dengan cara bekerja baru ini melalui wadah digital. NTUC akan terus mencari jalan untuk mewakili mereka yang bekerja sendiri dengan lebih baik," tulis Encik Tay.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >