Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC lancar inisiatif baru dekati semua lapisan pekerja

Perbincangan #SetiapPekerjaPenting ingin dengar pandangan, keprihatinan pekerja di Singapura
Aug 12, 2022 | 05:30 AM



GERAKAN pekerja ingin mendekati sekurang-kurangnya 20,000 pekerja di Singapura daripada segenap lapisan usia, kolar pekerjaan dan sektor untuk mendengar pandangan serta keprihatinan, keutamaan dan aspirasi mereka menerusi satu usaha sepanjang tahun yang dilancarkan semalam.



Dinamakan Perbincangan #SetiapPekerjaPenting (#EveryWorkerMatters Conversations), inisiatif baru Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) itu diumumkan semasa satu sesi dialog yang dihoskan Presiden NTUC, Cik Mary Liew, serta Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng (gambar sisipan), bersama lebih 100 pemimpin kesatuan semalam.



Akur bahawa ini bukan perbincangan yang mudah, Encik Ng berkata NTUC mengundang semua pekerja di Singapura untuk melakarkan bersama masa depan pekerjaan Singapura yang diingini.



Tambahnya, usaha ini memerlukan perbincangan tentang keseimbangan dan pengorbanan.



"Menerusi Perbincangan #SetiapPekerjaPenting, NTUC akan memastikan suara pekerja kita dapat didengar.



"Kami ingin mengetengahkan maklum balas berharga dan saranan bermanfaat yang akan membentuk dasar dengan kepentingan pekerja di terasnya.



"Lagipun, pekerja merupakan sebahagian penting kemajuan negara kita," ujarnya.



Menerusi usaha tersebut, NTUC ingin mendekati warga Singapura dalam pelbagai tahap kehidupan dan status sosio-ekonomi - termasuk golongan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME), mereka yang bekerja sendiri serta ibu bapa yang bekerja - menerusi dialog, perbincangan kumpulan fokus dan tinjauan.



Menurut kenyataannya semalam, NTUC berkata mereka antara lain ingin meninjau apakah pengupaya utama yang boleh membantu pekerja berjaya dalam kerjaya mereka.



NTUC juga ingin tahu apakah jaminan yang diperlukan pekerja sedang mereka melalui tahap kehidupan yang berbeza sama ada belia yang sedang beralih dari sekolah ke alam pekerjaan, keluarga yang mempunyai anak kecil atau mereka yang perlu menjaga ibu bapa yang sudah berusia.



Menerusi inisiatif baru itu juga, NTUC ingin tahu apakah perlindungan yang diperlukan bagi golongan pekerja yang lebih mudah terjejas dalam masyarakat termasuk pekerja bergaji rendah serta mereka yang bekerja sendiri dan pekerja bebas.



Perbincangan itu akan mengambil pendekatan tiga fasa, dengan fasa pertama akan berlangsung dari sekarang hingga hujung tahun ini.



Dalam fasa ini, NTUC akan mendekati orang ramai untuk mendengar pandangan mereka tentang kompak bersama pekerja.



Fasa kedua yang akan bermula tahun depan akan melibatkan siri bengkel dasar bersama rakan kerja tiga pihak, institusi pengajian tinggi, pertubuhan masyarakat sivik, pengamal sumber manusia (HR) dan rakan kerja lain untuk mengukuhkan saranan tentang bagaimana kompak pekerja boleh diperkukuh.



Dalam fasa ketiga pula, NTUC akan meninjau hasil dapatan daripada fasa awal dan membentangkan saranan mereka menjelang pertengahan tahun depan.



Ini antara lain melibatkan kerjasama dengan pemimpin 4G dan penggubal dasar menerusi usaha Forward Singapore.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >