Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC: Perlu terus pupuk kerjasama tiga pihak demi industri

Jan 10, 2023 | 05:30 AM



SEMENTARA Singapura menikmati keamanan perindustrian dan pengurusan pekerja yang baik, negara ini tidak boleh berpuas hati dan terus memupuk kerjasama tiga pihak, kata Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng.



Menarik perhatian tentang mogok perindustrian yang meluas di negara lain, Encik Ng mengaku pernah meluluskan satu tindakan perindustrian ke atas sebuah syarikat dalam sektor penerbangan tetapi ia berjaya dielakkan hasil rundingan yang berjaya.



Kejadian itu menggariskan pendirian teguh kesatuan dalam strategi kolaboratif bagi mencapai hasil yang menguntungkan semua pihak, terutamanya sedang tenaga kerja dan menjadi lebih berpelbagai, kata Encik Ng.



Dalam hal ini, NTUC akan terus mendorong inovasi seperti Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC), dalam usahanya untuk menjalin kerjasama dengan majikan bagi melakukan lebih banyak usaha dalam transformasi industri dan tenaga kerja.



Sejauh ini, terdapat 1,200 Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) yang sedang dibentuk.



Bercakap semasa panel perbincangan dalam persidangan Perspektif Singapura anjuran badan pemikir Institut Pengajian Dasar (IPS) bertema kerja semalam, Encik Ng berkata:



"Hari ini, sementara kita menikmati keamanan perindustrian, kita tidak seharusnya berpuas hati dalam memupuk kerjasama tiga pihak.



"Dalam dunia yang semakin tidak seimbang, dengan kemajuan teknologi yang banyak yang berpotensi menggantikan pekerja dalam pekerjaan.



"Kita perlu memberi perhatian kepada pekerjaan, yang merujuk kepada seorang pekerja meraih pendapatan baik dan lebih penting lagi, pekerjaan sebagai bahagian penting dalam kompak sosial yang diperbaharui melangkah ke depan."



Dalam menghadapi pekerjaan di masa hadapan, NTUC harus memperjuangkan kepentingan pekerja termasuk golongan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) serta pekerja sambilan, kata Encik Ng.



"NTUC harus melakukan ini dengan strategi kolaboratif yang menguntungkan semua pihak, bersama dengan rakan kerjasama tiga pihak, " tekan beliau.



"Hanya menerusi strategi ini, kita dapat mengekalkan pertumbuhan produktiviti bagi menjamin pendapatan, kebajikan dan prospek pekerjaan yang lebih baik untuk pekerja kita."



Memberikan contoh strategi ini sambil menjawab soalan peserta tentang kesediaan NTUC mengambil tindakan perindustrian, Encik Ng mengimbas kembali pengalaman pernah meluluskan tindakan perindustrian ke atas sebuah syarikat dalam sektor penerbangan yang telah bersikap tidak adil terhadap pekerja.



"Saya telah memaklumkan kabinet yang saya sudah meluluskan persiapan untuk satu tindakan perindustrian.



"Namun mujur, kami tidak perlu melakukan tindakan itu selepas melakukan rundingan selanjutnya," terangnya.



Tegas beliau, kesatuan sentiasa bersedia memperjuangkan kepentingan pekerja namun ia lebih suka memilih strategi kolaboratif yang boleh menguntungkan semua pihak daripada memanggil tindakan yang boleh menjejas masyarakat.



Selain daripada memperjuangkan kepentingan pekerja, Encik Ng berkata NTUC kini cenderung untuk menjalin kerjasama dengan para majikan untuk meningkatkan usaha dalam transformasi industri dan tenaga kerja.



Dalam hal ini, ia sedang giat menubuhkan CTC dengan rakan kerjasama majikan.



"Sejauh ini NTUC sudah membentuk 1,200 CTC. Hasil yang baik telah menarik kededua syarikat berbilang negara dan perniagaan kecil dan sederhana (SME), daripada jenama besar seperti Energizer kepada jenama tempatan seperti Resorts World Sentosa dan Marina Bay Sands...," ujar beliau.



Menurut Encik Ng, CTC adalah inovasi penting yang menggabungkan kepentingan majikan dan pekerjaan.



"Ia menginstitusikan latihan, seperti Enterprise Skillsfuture, bagi memadankan latihan dan meningkatkan kemahiran kepada keperluan perniagaan, mendorong ke arah produktiviti lebih tinggi," tambahnya. - ATIYYAH MOHD SAID




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >