Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NWC bersidang lusa sedang SG siap buka ekon semula

NWC
Sep 04, 2021 | 05:30 AM



MAJLIS Gaji Kebangsaan (NWC) akan bersidang lusa untuk membangunkan garis panduan tahunannya mengenai isu gaji dan pekerjaan sedang Singapura bersiap untuk membuka semula ekonominya.



Dalam perbincangannya, majlis itu akan menimbangkan keadaan dan prospek ekonomi domestik dan global di tengah-tengah pandemik Covid-19, serta perkembangan terbaru dalam langkah kesihatan awam Singapura, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam.



Antara lain, garis panduan yang dikemas kini akan merangkumi saranan daripada Kumpulan Kerja Tiga Pihak mengenai Pekerja Bergaji Rendah, termasuk menetapkan panduan bagi pertumbuhan gaji progresif untuk pekerja gaji rendah.



"Ini akan membimbing perundingan Kelompok Tiga Pihak yang mengawasi Model Gaji Progresif (PWM) secara sektor," kata MOM.



"NWC juga akan mengesyorkan tahap gaji bagi Gaji Progresif Pekerjaan, bersama kemahiran dan keperluan latihan bersamanya," kata MOM lagi.



NWC, yang dipengerusikan ketua DBS Bank, Encik Peter Seah, dan terdiri daripada wakil majikan, kesatuan sekerja dan pemerintah, bertujuan mengeluarkan garis panduannya yang diperbaharui pada akhir Oktober.



Garis panduan baru itu ialah bagi tempoh 1 Disember 2021 hingga 30 November 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >