Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Olimpik: Empat dari Sg pastikan pertandingan tenis meja berjalan lancar

Aug 02, 2021 | 05:30 AM



SETELAH 10 tahun bersara daripada sukan tenis meja antarabangsa, Zena Sim dari Singapura telah memenuhi impian untuk menyertai Olimpik.



Di Tokyo 2020, pemain tenis meja berusia 30 tahun itu adalah sebahagian daripada pasukan Singapura - bersama Seet Cheng Howe, Tessa Cho dan Kimberly Loh - yang memastikan kelancaran pertandingan tenis meja dari 24 Julai hingga 6 Ogos ini.



Sim, yang mewakili Singapura dari 2004 hingga 2012 dan memenangi pingat emas bersama pasukan wanita di Sukan SEA 2009, adalah pengarah acara tersebut.



Menurut laporan The Straits Times, tugasnya untuk memastikan bahawa pertandingan itu dijalan mengikuti peraturan Persekutuan Tenis Meja Antarabangsa (ITTF), peraturan Olimpik dan dasar dan prosedur jawatankuasa penganjur Tokyo 2020.



Sim yang merupakan ketua pertandingan ITTF, mengakui bahawa peranannya dalam Olimpik adalah satu tanggungjawab besar.



"Sebagai atlet, saya hanya perlu fokus pada perlawanan. (Di Tokyo), peranan saya termasuk penjadualan pertandingan, sesi latihan, komunikasi dengan ketua pasukan dan memastikan keperluan mereka dipenuhi dan masalah dapat diselesaikan."



Namun, Sim telah mendapat kepuasan yang sangat besar memastikan pertandingan berjalan lancar sewaktu pandemik Covid-19.



"Covid-19 telah ketengahkan banyak kerumitan, jadi mengagumkan kerana kami dapat anjurkan acara yang begitu lancar setakat ini," tambahnya.



Walaupun pemain Singapura turut beraksi, dengan sokongan nyata dari Presiden Majlis Olimpik Nasional Singapura, Encik Tan Chuan-Jin dan Menteri Budaya, Masyarakat dan Belia Encik Edwin Tong, beliau menegaskan tidak ada ruang bagi pegawai Singapura untuk pilih kasih.



Seet Cheng Howe pula menguruskan aliran pekerja media di Gimnasium Metropolitan Tokyo serta akaun media sosial Tenis Meja Dunia (WTT), menyediakan wawancara pemain dan nota media.



Sebagai pengarah media acara tersebut, beliau kendali pengambilan gambar dan video di tempat tersebut.



Dan beliau bertanggungjawab "menghalang" Encik Tan, ketika menjalankan tugasnya.



Pengurus digital dan data Tenis Meja Dunia, 29 tahun itu berkata:



"Saya dapat wawancara Clarence Chew setelah dia mengalahkan Ibrahima Diaw dari Senegal, yang gambarnya diambil Speaker yang kemudian memuatnaikannya ke Instagram.



"Sayangnya, saya perlu melakukan tugas saya selepas itu dan mengarahkannya berhenti kerana ia adalah zon tanpa foto."



Ketua eksekutif kumpulan ITTF Encik Steve Dainton bangga dengan kelakonan keempat itu di Tokyo 2020.



Beliau beritahu ST:



"Sejak ITTF dan WTT Asia Pasifik berpindah ke Singapura pada tahun 2010, kami beruntung dapat memanfaatkan kakitangan Singapura yang berkualiti tinggi. Keempat-empat mereka di Tokyo merupakan contoh pekerja profesional yang kami ada bersama bakat-bakat antarabangsa yang lain. Mereka telah lakukan pekerjaan yang luar biasa dalam menghidupkan acara tenis meja dalam keadaan yang sangat sukar. Mereka adalah duta besar Singapura di pentas dunia."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >