Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Operasi menyelamat dari ketinggian 70 meter

Nov 26, 2021 | 05:30 AM



DENGAN memasang pengusung pada dirinya, Pegawai Waran Pertama (WO1) Muhammad Umar Al-Siddiq Abdul Rahman, terpaksa menurunkan mangsa ke tempat selamat dari ketinggian 70 meter dari bawah.



Walaupun sukar, beliau berjaya melaksanakan tugas itu tanpa berasa takut.



WO1 Muhammad Umar adalah antara 25 pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang terlibat semasa operasi menyelamat mangsa dari kren menara di Beach Road pada 2 November lalu.



Dalam kejadian itu, seorang lelaki yang bekerja di sebuah kren menara mendapati kakinya cedera dan tidak boleh turun dari kren tersebut. WO1 Umar berkongsi bahawa untuk membawa turun mangsa yang cedera kakinya ketika bekerja di kren, beliau perlu 'mengunci' diri pada pengusung yang diturunkan menggunakan Power Ascender, peranti kendalian bateri mudah alih khusus untuk memudahkan penyelamat untuk turun naik dengan mangsa.



WO1 Muhammad Umar berkata:



"Operasi menyelamat ini antara yang unik kerana saya jarang menggunakan pengusung semasa menyelamatkan mangsa kerana kebanyakan mangsa tidak cedera parah lalu tidak memerlukan pengusung. Ini adalah salah satu cabaran bagi saya kerana mangsa dalam keadaan kesakitan dan dengan kakinya yang tidak dapat ditegakkan, saya harus lebih berhati-hati.



"Keselamatan mangsa keutamaan saya sepanjang operasi dan saya harus terus meyakinkan mangsa bahawa beliau selamat dan akan menempuh kesakitan tersebut," jelas beliau yang sudah berkhidmat dengan SCDF selama 10 tahun dan Pasukan Bantuan dan Menyelamat Bencana (Dart) selama enam tahun. Mangsa merupakan seorang pekerja migran.



Sebelum ketibaan pasukan Dart, Komander Rota, Leftenan (LTA) Johnny See, dan teknisyen perubatan kecemasan (EMT) Sarjan Ketiga (SGT3) Keith Lye dari Balai Bomba Central telah tiba terlebih dahulu untuk membantu merawat mangsa di kren itu.



Mereka mendapati kaki kanan mangsa tidak dapat dilurus dan disyaki patah.



Menurut SCDF, operasi menyelamat mengambil hampir tiga jam. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital.



Satu lagi pegawai Dart yang telah memanjat kren menara bersama WO1 Muhammad Umar, adalah Pegawai Waran Kedua (WO2) Komander Seksyen, Azmir Ali Ameer Ali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >