Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Orang ramai boleh saran terjemahan bahan pemerintah menerusi perbincangan online

Jan 15, 2021 | 05:50 PM



MEREKA yang ingin memberi saranan bagaimana bahan pemerintah boleh lebih diterjemah secara lebih baik boleh mendaftar bagi sesi dialog maya yang akan dimulakan minggu depan.



Mereka yang ingin meminjamkan kepakaran menterjemah perkataan tempatan secara tepat dalam bahan komunikasi pemerintah juga boleh memohon tugas sebagai penterjemah warga negara dalam sesi-sesi ini.



Sejak satu inisiatif perintis bagi mendapatkan penterjemah bermula Julai lalu, seramai 88 penterjemah warga negara telah memohon, kata Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan), Cik Sim Ann kepada wartawan pada Jumaat (15 Januari).



Mereka terdiri daripada 53 penterjemah bagi bahasa Cina, 22 orang bagi bahasa Melayu dan 13 orang bagi bahasa Tamil, lapor akhbar The Straits Times.



"Kami telah bekerjasama dengan mereka dan menukik ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka, sebagai contoh, dalam membantu mengesan kesilapan yang berpotensi berlaku dalam terjemahan kami, dan kami kini bersedia mengundang lebih ramai orang...Saya mengalu-alukan setiap orang yang telah menjejak isu berkenaan terjemahan bagi menyertai kami dalam sesi mendekati masyarakat yang diadakan," katanya.



Terdapat dua sesi dialog yang akan dikendalikan - satu buat masyarakat yang bertutur bahasa Cina yang dipengerusikan oleh Cik Sim, dan satu lagi buat masyarakat yang bertutur bahasa Melayu dan Tamil. Sesi kedua ini akan dipengerusikan bersama oleh Cik Sim dan Setiausaha Parlimen (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam serta Anggota Parlimen, Encik Vikram Nair. Lebih banyak sesi akan diadakan secara tetap jika ada minat mendalam mengenai perkara ini, tambah Cik Sim.



Penterjemah warga negara boleh membantu enjin terjemahan tempatan SG Translate yang dikuasai kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan pihak berkuasa bagi memperbaiki terjemahan empat bahasa rasmi Singapura.



Sedang kerja terjemahan ini akan dibuat secara sukarela, pemerintah boleh mengenalkan individu yang berminat kepada syarikat terjemahan jika mereka ingin melakukan tugas ini secara profesional atau diambil bekerja jika didapati sesuai, ujar Cik Sim.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >