Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Orang ramai digesa elak tempat sesak sempena Tahun Baru bagi cegah Covid-19

Dec 31, 2021 | 05:30 AM



ORANG ramai digesa mengelakkan tempat sibuk dalam mereka membuat persiapan menyambut Tahun Baru 2022 hari ini, ditengah-tengah penularan varian Omicron Covid-19.



Mereka digalak menyambut Tahun Baru di rumah.



Membuat gesaan itu dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Kemampanan dan Sekitaran berkata: "Tiada persembahan bunga api bagi kira detik kedatangan Tahun Baru di Marina Bay tahun ini bagi mengurangkan kesesakan.



"Sebaliknya, bunga api akan dinyalakan dari beberapa lokasi kejiranan serata Singapura agar orang awam boleh menikmati bunga api secara selamat dalam rumah mereka.



"Hari ini (31 Disember), Pertubuhan Akar Umbi Persatuan Rakyat akan menganjurkan program kemasyarakatan kira detik hujung tahun mereka secara maya bagi menghubungkan penduduk secara selamat."



Menurut kenyataan itu lagi, serata dunia, khususnya di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Eropah, mengalami kenaikan mendadak kes jangkitan Omicron.



"Justeru, jangan biarkan diri kita leka, tetapi kekal berwaspadalah, amalkanlah tanggungjawab sosial dan jagalah langkah pengurusan selamat yang sedang berkuat kuasa.



"Ini adalah bagi melindungi kesihatan anda dan kesihatan keluarga serta teman anda," ujar kenyataan itu.



Pada minggu sudah, agensi pemerintah juga mempertingkat pemeriksaan penguatkuasaan.



Sebanyak 11 premis makanan dan minuman serta 72 individu dihukum kerana melanggar langkah pengurusan selamat dan langkah pengurusan selamat yang dibezakan mengikut status vaksinasi.



Pihak agensi akan terus mempertingkat penguatkuasaan di premis makanan dan minuman hujung tahun ini.



Dalam pada itu, semua tapak perkhemahan dan ruang barbeku di semua taman yang diurus Lembaga Taman Negara (NParks) terus ditutup.



Orang awam dinasihatkan memeriksa gerbang Safe Distance @ Parks (safedistparks.nparks.gov.sg) bagi keterangan terkini mengenai paras kunjungan pelawat sebelum berkunjung ke taman berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >