Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN NEGARA

Orang ramai diundang sumbang idea rancakkan Kampong Glam

Mar 09, 2022 | 05:30 AM



ORANG awam akan diundang untuk menyumbang idea bagi merancakkan Kampong Gelam, sambil mengekalkan budaya dan warisan tempat kawasan tersebut.



Ini diumumkan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, yang juga penasihat kepada Perikatan Kampong Gelam (KGA).



Perikatan itu menyatukan para peniaga, penduduk dan institusi setempat yang berkepentingan di kawasan Kampong Gelam.



"Kami akan bekerjasama untuk menangani isu-isu tempatan, dan memastikan Kampong Gelam terus menjadi tempat yang dekat di hati.



"Saya juga ingin mengajak rakyat Singapura untuk berkongsi idea-idea anda dengan kami semasa sesi penglibatan masyarakat yang akan dianjurkan oleh KGA akhir tahun ini," ujar Dr Faishal di perbahasan belanjawan Kementerian Pembangunan Negara (MND) semalam.



Dalam perbahasan itu, Cik Nadia Samdin (GRC Ang Mo Kio) telah bertanya mengenai usaha untuk merancakkan kawasan warisan seperti Kampong Gelam.



"Kawasan ini memainkan peranan penting dalam menghidupkan sejarah dan tradisi di Singapura serta menjadikannya relevan hari ini.



"Tetapi perniagaan setempat kami di kawasan ini telah menghadapi banyak cabaran dalam beberapa tahun ini," ujarnya.



Memberi respons, Dr Faishal berkata Kampong Gelam merupakan kawasan yang penting bagi masyarakat Melayu/Islam dan Singapura secara amnya.



"Oleh itu, kami ingin bekerjasama dengan rakyat setempat, untuk memastikan kawasan ini terus meriah, dan budaya dan warisannya dikekalkan," ujarnya.



Beliau juga akur kawasan warisan terjejas dengan Covid-19, khususnya apabila sempadan ditutup dan pelbagai langkah pengurusan selamat dilaksanakan.



"Untuk menyegarkan kawasan warisan ini, pemerintah mengambil pendekatan melibatkan penyertaan masyarakat, dengan mendekati secara aktif dan memberi respons kepada masyarakat setempat, serta mencari pendekatan yang lebih berdaya tahan dan mampan.



"Ini termasuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk mengurangkan risiko gentrifikasi, serta membolehkan penyewa lama serta pegerai lebih baru untuk wujud bersama dan saling melengkapi," kata Dr Faishal.



Di Kampong Gelam, peniaga, institusi, pemilik hartanah, dan penduduk telah menubuhkan KGA untuk secara kolektif mengatasi isu jangka panjang di kawasan itu.



Untuk menarik minat terhadap kawasan tersebut, perikatan itu juga baru-baru ini bekerjasama dengan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Penguasa Pengangkutan Awam (LTA), dan pelajar daripada Kolej Kesenian Lasalle, untuk mempamerkan poster mengenai sejarah Kampong Gelam di sekitar Stesen MRT Bugis.



Menerusi platform kerjasama seperti program perintis Kawasan Peningkatan Perniagaan, URA juga bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk mengubah kawasan lain menjadi destinasi yang rancak dan menarik.



Program seperti ini menunjukkan kemajuan yang baik, dan pemerintah akan terus bekerjasama dengan sektor privet dan rakan masyarakat untuk menghidupkan kawasan kejiranan di serata Singapura, kata Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >