Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Orang ramai kini boleh pilih vaksin Covid-19 yang diinginkan, rujuk senarai penuh pusat di laman MOH

Apr 13, 2021 | 08:39 PM



MEREKA yang mahu memilih vaksin Covid-19 yang diinginkan kini boleh merujuk laman web Kementerian Kesihatan (MOH) di mana terdapat senarai penuh pusat vaksinasi serta vaksin yang tersedia di sana.



Vaksin Moderna disediakan di 11 daripada 38 pusat vaksinasi, sementara yang lain menyediakan vaksin Pfizer-BioNTech, lapor The Straits Times.



Orang ramai boleh memilih pusat vaksinasi atau poliklinik yang mahu dikunjungi.



Pun begitu, satu notis diletakkan dalam laman web MOH mengatakan bahawa beberapa pusat vaksinasi mungkin mempunyai slot terhad "akibat permintaan hebat bagi vaksinasi Covid-19 di Singapura dan bekalan terhad".



Bulan lalu, MOH mengumumkan bahawa vaksin Moderna akan disediakan di empat kelab masyarakat: Hong Kah North, Marsiling, Punggol 21 dan Radin Mas.



Tujuh lagi pusat telah dimasukkan ke dalam senarai itu termasuk Kolam Ayer, Buona Vista, Potong Pasir, Tampines East, Woodlands, Kebun Baru dan Yew Tee.



Semua pusat vaksinasi, poliklinik dan Klinik Kesediaan Kesihatan Awam terpilih akan terus menawarkan vaksin Pfizer.



"Setiap pusat vaksinasi akan mempunyai dan menyediakan satu jenis vaksin sahaja," kata MOH dalam kenyataannya bulan lalu.



"Individu mesti pilih pusat vaksinasi yang sama bagi suntikan pertama dan kedua mereka apabila membuat tempahan menerusi sistem temujanji nasional," tambah MOH.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >