Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

OTH sambut Bulan Bahasa dengan kemeriahan seni dan kebudayaan Melayu

Sep 23, 2023 | 10:36 PM



Puisi, seni dan persembahan kebudayaan Melayu telah ditampilkan dalam satu acara komuniti di Our Tampines Hub (OTH) pada Sabtu. 

Acara bernama ‘Untaian Pantun Beralun’ itu berlangsung sempena Bulan Bahasa, menurut kenyataan OTH.

Acara itu bertujuan untuk meraikan bahasa, budaya, warisan, dan seni Melayu dan dianjurkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Tampines Central dan Our Tampines Hub.

Menurut OTH, keluarga yang hadir di acara itu dapat menyertai pelbagai aktiviti tradisional yang bermakna seperti melukis gasing, membuat kerja seni seperti pembuatan piring dan anyaman bakul. 

Selain itu, terdapat persembahan muzik dan tarian kebudayaan di sekitar Festive Plaza.

Orang ramai juga berpeluang menikmati konsert seni dan budaya dengan persembahan daripada Khaziah, Siti Zahrah Mamood, Shahid, Ridwan & Norsiah Ramly, Sriwana dan Damai, serta penyanyi muzik tradisional dari Malaysia, Roslan Madun dengan lagu ‘Lemak Manis’-nya.

Bulan Bahasa berlangsung dari 13 Ogos hingga 9 Oktober dan bertemakan ‘Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita’.

Kempen anjuran Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) itu bertujuan menggalak masyarakat menghargai dan menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan mereka.

Ia juga menyasar mempertingkatkan program supaya kekal relevan untuk semua lapisan masyarakat, tidak kira muda atau dewasa.

Menurut kenyataan itu, sambutan ini menonjolkan budaya seni tradisional Melayu dan menunjukkan bagaimana semua orang boleh memupuk minat dalam bahasa ibunda melalui muzik dan seni. 

Pertubuhan yang menyumbang dana untuk menyokong Bulan Bahasa 2023 termasuk MBMS; Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC); Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew (LKYFB) dan Jawatankuasa Penterjemahan Nasional (NTC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >