Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Padanan $20 juta oleh pemerintah bagi dana yang dikumpul Mendaki

Oct 01, 2022 | 03:51 PM



PEMERINTAH akan memperuntukkan sehingga $20 juta untuk dipadankan dengan sasaran pengumpulan dana Yayasan Mendaki sebanyak $20 juta dalam usaha mempertingkat dan memperluaskan program sedia ada dan melaksanakan idea baru untuk masyarakat, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Sasaran untuk mengumpulkan dana sebanyak $40 juta itu diumumkan Mendaki sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-40 tahun ini.



Mengumumkannya semasa acara sambutan ulang tahun badan bantu diri itu hari ini (1 Oktober) sempena bulan Raikan Ilmu 2022 di Pusat Kebudayaan Universiti, Encik Lee berkata:



“Ini akan membolehkan ia mempertingkat program sedia ada dan melaksanakan skim baru yang membuat kelainan kepada masyarakat.



“Pemerintah menyokong usaha ini. Ia akan memadankan dana yang dikumpulkan Mendaki, dolar untuk dolar, sehingga $20 juta.



“Oleh itu, jika Mendaki boleh mengumpulkan $20 juta melalui usahanya sendiri, ia boleh mencapai sasaran $40 jutanya,” kata beliau.



Encik Lee menambah bahawa beliau gembira beberapa penderma sudah pun tampil untuk menyumbang kepada pengumpulan dana itu, termasuk mereka di luar masyarakat Melayu/Islam.



Lebih 700 tetamu, termasuk anggota Lembaga Pengarah Mendaki, anggota pengasas, pemimpin Melayu/Islam, sukarelawan, rakan korporat dan masyarakat, pelajar dan ibu bapa menyertai acara sambutan ulang tahun itu.



Turut hadir ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga serta Pengerusi Mendaki.



Sekurang-kurangnya sekitar $14 juta telah dikumpul, dengan sumbangan daripada beberapa individu dan pertubuhan, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex Realty, Encik Ismail Gafoor; LBKM; Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI) ; dan pengerusi serta ketua eksekutif Wilmar International, Encik Kuok Khoon Hong.



Sejak Mendaki ditubuhkan pada 1982, Encik Lee berkata masyarakat Melayu/Islam telah mencatatkan kemajuan besar dari segi pencapaian pendidikan dan Mendaki telah memainkan peranan besar dalam kejayaan ini.



Dengan sokongan pemerintah, ini dilakukan melalui pelaksanaan pelbagai program, seperti KelasMatematika (KMM) dan Skim Tuisyen Mendaki, bagi pelajar dalam semua peringkat dari prasekolah hingga universiti.



Mendaki juga telah melancarkan inisiatif lain di luar sekolah seperti program pementoran dan nasihat kerjaya serta bulan Raikan Ilmu yang meraikan semangat pembelajaran sepanjang hayat.



Encik Lee menambah badan bantu diri itu juga bekerja rapat dengan Majlis Ugama Islam Singapura dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (MESRA) dalam rangkaian M Kuasa Tiga (M3), dan badan Melayu/Islam lain yang menyumbang kepada kemajuan masyarakat.



Hasilnya, hari ini, 99 peratus setiap kohort pelajar Melayu selesai menjalani pendidikan sekurang-kurangnya 10 tahun, dengan lebih 90 peratus daripada mereka kemudian menyelesaikan pengajian pascamenengah.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >