Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakar: Risiko radang otot, tisu jantung kecil namun boleh berlaku

Jul 07, 2021 | 05:30 AM



PAKAR perubatan menasihati mereka yang menerima suntikan Covid-19, terutama yang muda dan kaum lelaki lebih muda, agar mengelak lakukan kegiatan fizikal yang berat selama seminggu disebabkan adanya risiko myocarditis dan pericarditis.



Myocarditis merujuk kepada keradangan otot jantung, sementara pericarditis adalah keradangan tisu yang mengelilingi jantung.



Ini menyusuli data tambahan tentang risiko keadaan itu timbul setelah vaksinasi bagi dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 mRNA.



Doktor keluarga, Dr Zuraimi Mohamed Dahlan, berkata walaupun risiko menghidap myocarditis atau pericarditis adalah kecil, ia tetap boleh berlaku.



"Ia selalunya sembuh secara semulajadi.



"Tetapi jika kita mengangkat besi berat atau lakukan senaman yang lasak semasa jantung bermasalah, ini boleh merosakkan jantung membawa kepada serangan sakit jantung," katanya.



Beliau menambah risiko myocarditis atau pericarditis bukanlah suatu yang khusus bagi vaksin Covid-19 sahaja.



Malah dalam keadaan lain juga, contohnya apabila seseorang mengalami selesema, mereka dinasihati agar tidak bersenam selama seminggu kerana risiko myocarditis dan pericarditis.



Ia boleh disebabkan jangkitan virus, vaksin, masalah autoimun, rawatan radiasi dan lain-lain, tambah Dr Zuraimi.



Baru-baru ini, seorang lelaki berusia 16 tahun mengalami serangan jantung setelah mengangkat berat di gim.



Ini berlaku enam hari selepas beliau menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty beliau.



Beliau kini dirawat di unit penjagaan intensif di Hospital Universiti Nasional (NUH), dan Kementerian Kesihatan (MOH) sedang bekerjasama dengan pasukan perubatan di hospital itu untuk menentukan sama ada ini mungkin ada kaitan dengan vaksinasi Covid-19 beliau, menurut MOH dalam satu nasihat dikemaskini yang dikeluarkan kelmarin.



Penguasa Sains Kesihatan (HSA) telah menyatakan bahawa sehingga 30 Jun lalu, ia telah menerima 12 laporan myocarditis dan pericarditis dalam individu setelah menerima vaksin Covid-19 mRNA mereka.



Lima daripada kes itu berlaku dalam warga dewasa berusia 30 tahun dan ke atas.



Sementara itu tujuh melibatkan lelaki di bawah usia 30 tahun, yang lebih tinggi daripada dijangka untuk golongan usia ini menurut jawatankuasa pakar.



"Di samping itu, sesiapa yang didiagnos dengan myocarditis setelah menerima vaksin Covid-19 mRNA tidak patut menerima dos lanjut vaksin Covid-19 mRNA," katanya.



Bagaimanapun, mereka terus menyarankan agar mereka yang layak, termasuk remaja dan lelaki lebih muda, mengambil vaksin kerana manfaat perlindungannya jauh lebih besar daripada risikonya.



Katanya:



"Penggunaan vaksin Covid-19 yang selamat dan berkesan di Singapura adalah keprihatinan paling utama bagi Jawatankuasa Pakar, dan Jawatankuasa Pakar akan terus memantau data tempatan mahupun antarabangsa untuk memastikan saranan vaksinasi kami adalah terkini berdasarkan bukti saintifik terkini yang ada."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >