Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakar: Sistem pendaratan baru lebih tepat, bantu juruterbang

Tidak ada sebarang had ketinggian baru
Dec 14, 2018 | 05:30 AM



PERUBAHAN utama dalam memperkenalkan Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) adalah juruterbang akan dipandu menggunakan instrumen di lapangan agar mereka tidak lagi hanya bergantung kepada pandangan mereka.



Ini kerana sistem itu menawarkan laluan pendaratan lebih tepat, menurut pakar kepada akhbar The Straits Times (ST).



Mereka menarik perhatian tentang beberapa ketidaktepatan dalam video 90 saat yang dipos Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke, di akaun Facebooknya, baru-baru ini.



Dalam video itu, Encik Loke berkeras menyatakan rancangan Singapura melaksanakan ILS di Lapangan Terbang Seletar bermakna pelabuhan Pasir Gudang akan menghadapi risiko lebih tinggi disebabkan had ketinggian yang ditetapkan.



Katanya, dengan adanya ILS, struktur yang jaraknya 3 kilometer (km) dari Seletar tidak boleh dibina lebih tinggi daripada 54 meter (m), manakala struktur yang berada 6km pula tidak boleh melebihi 145m.



Namun, pakar berkata dengan ILS, had ketinggian bagi struktur sejauh 3 kilometer dari Seletar adalah 93.8 meter dan 193.1 meter bagi struktur yang terletak 6 kilometer.



Dengan adanya tambahan adangan keselamatan, laluan sebenar bagi penerbangan yang memasuki Seletar akan mencapai ketinggian 200.5 meter bagi struktur yang 3 kilometer jauh dari lapangan penerbangan - sama seperti hari ini.



Laluan penerbangan dan had ketinggian adalah sejajar dengan piawaian keselamatan dan operasi yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).



Pemerhatian lain tentang video tersebut adalah:



- Encik Loke berkata laluan penerbangan itu mencegah pembinaan bangunan tinggi di Pasir Gudang.



Tetapi pakar berkata bangunan tinggi yang ada sekarang di bawah laluan penerbangan Seletar telah mengambil kira rekaan prosedur ILS.



Difahamkan juga bahawa pihak berkuasa Singapura tidak dimaklumkan tentang pembangunan baru yang sedang dirancang di Pasir Gudang yang akan menjejas secara signifikan ke atas profil penerbangan bagi penerbangan Seletar.



Di bawah piawaian ICAO, negara diminta menyedia makluman awal pembangunan masa depan yang disaran agar prosedur penerbangan dapat diubah suai jika perlu.



- Dengan ILS yang disarankan, Pelabuhan Pasir Gudang akan berdepan risiko lebih tinggi, menurut Encik Loke.



Para pakar berkata ini tidak benar. Selama lebih tiga dekad, Singapura mengurus dengan selamat hubungan antara operasi pesawat dengan kapal di Selat Johor untuk ke Pelabuhan Pasir Gudang.



Sistem seperti Sistem Mengukur Ketinggian Kapal Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dilaksana bagi melindungi kegiatan penerbangan dan maritim. Penerbangan akan ditahan sementara kapal tinggi merentasi Selat Johor.



- Encik Loke berkata buat masa ini, juruterbang boleh olah pengemudian penerbangan apabila berdepan hambatan dan tiada peraturan ketinggian di sekitar laluan penerbangan. Had ketinggian wajib akan dilaksanakan bagi ILS, tambahnya.



Menurut pakar, tidak akan ada had ketinggian baru. Piawaian ICAO memerlukan semua lapangan terbang supaya menguruskan kesan bangunan tinggi bagi keselamatan penerbangan.



Ini tidak kira sama ada ILS atau sistem pendaratan visual digunakan.



INFOGRAFIK: MENDARAT DI LAPANGAN TERBANG SELETAR MENGGUNAKAN SISTEM PENDARATAN INSTRUMEN (ILS)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >