Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakar: Ubat pencegahan mampu perangi denggi

Jun 21, 2022 | 05:30 AM



UBAT-UBAT pencegahan telah didapati efektif dalam mengawal penularan malaria dan pakar kini kata ubat-ubat tersebut mungkin perlu dalam memerangi denggi.



Menurut Profesor Martin Hibberd dari Sekolah Kebersihan dan Perubatan Tropika, dengan penggunaan sains data untuk menjangka kelompok-kelompok besar, ubat-ubat ini mampu menangani ancaman nyamuk Aedes aegypti di Singapura.



"Kami telah melihat bagaimana ubat-ubat malaria efektif dalam mencegah penularan wabak ini di Haiti. Oleh kerana ubat denggi menggunakan mekanisme yang sama, ubat-ubat malaria juga diharapkan dapat digunakan dalam mengawal penularan denggi," kata Profesor Hibberd.



Beliau berkongsi tentang hal ini semasa menghadiri Sidang Kemuncak Denggi Asia Ke-5 di Singapura pada 15 Jun.



Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS) telah menyenaraikan dua ubat-ubat pencegahan atau profilaksis yang boleh makan pelawat untuk mencegah jangkitan malaria.



"Pendekatan untuk menggunakan ubat-ubat pencegahan seperti dalam kes malaria, kini sedang diberikan kepada para pelawat di AS, namun belum satu pun digunakan di Singapura, di mana nyamuk dan denggi dijumpai secara endemik," ulas beliau.



Satu kajian oleh para pakar dari Sekolah Kebersihan dan Perubatan Tropika London, yang menggunakan data dari Singapura, mencadangkan penggunaan ubat-ubat pencegahan memainkan peranan dalam pengawalan denggi.



Pengkaji-pengkaji di Singapura sedang menjalankan ujian klinikal untuk satu ubat hasilan Janssen Pharmaceuticals, sebuah pengeluar perubatan milik Belgium.



Ubat ini mengelakkan dua protein dari virus denggi, iaitu NS3 dan NS4B, daripada berinteraksi, sama dengan mekanisme yang digunakan dalam ubat malaria.



Singapura kini dalam satu gelombang denggi yang besar, dengan lebih 15, 000 kes yang dilaporkan pada 24 minggu pertama tahun ini.



Profesor Lee Yee Sin, pengarah eksekutif Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) Singapura, berkata tiada ubat antivirus untuk denggi bagi khalayak ramai.



Rawatan keseluruhan adalah untuk menangani simptom-simptom seperti demam, ruam kulit, pening yang teruk, mual dan muntah-muntah, serta pendarahan sedikit yang disenaraikan Kementerian Kesihatan (MOH).



Profesor Leo turut berkongsi pendekatan kini untuk mengawal denggi di Singapura memberi tumpuan kepada kesedaran masyarakat dan mendapatkan bantuan perubatan bagi meraih diagnosis awal.



Namun, Profesor Tikki Pang, bekas pengarah dasar penyelidikan dan kerjasama di Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), menyeru untuk penggunaan vaksin Dengvaxia yang lebih luas bagi warga emas, dalam surat forum kepada The Straits Times bulan lepas.



Ini adalah sebuah vaksin yang boleh digunakan untuk pencegahan penyakit denggi yang disebabkan empat virus denggi (serotype 1, 2, 3 dan 4), menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA).



Profesor Leo berkata bahawa vaksin tersebut diluluskan untuk penggunaan pesakit berumur 12 hingga 45 yang pernah dijangkiti denggi dan ia digunakan untuk warga emas yang mengalami risiko lebih tinggi mendapat penyakit teruk dan kematian.



Profesor Pang, profesor lawatan di Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew, menjelaskan bahawa Dengvaxia tidak disarankan untuk mereka yang tidak pernah dijangkiti denggi kerana mereka mempunyai risiko lebih tinggi untuk dimasukkan ke hospital akibat denggi dan denggi teruk.



"Bagi saya, langkah berjaga-jaga ini mungkin tidak perlu digunakan bagi warga emas berumur 65 ke atas kerana mereka mungkin telah didedahkan pada virus denggi semasa waktu muda atau mungkin mempunyai denggi tanpa simptom atau mungkin simptom ringan.



"Warga emas mempunyai risiko lebih tinggi mengalami denggi teruk serta kematian, dan saya rasa penggunaan vaksin yang betul mampu menambah nilai kepada usaha-usaha lain yang ada bagi menentang denggi," ujar beliau.



Profesor Hibberd menambah bahawa selain ubat pencegahan, kita boleh bersiap sedia untuk gelombang denggi dengan model data ramalan seperti yang dibangunkan Institut Kesihatan Sekitaran di Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock, Universiti Nasional Singapura (NUS).



Model ini mampu meramal trend kes-kes denggi sehingga 3 bulan akan datang.



Selain sains data, NEA juga menggunakan Gravitrap yang direka untuk menarik dan memerangkap nyamuk Aedes betina dewasa yang mencari tempat bertelur.



Ini menyediakan pengawalan populasi nyamuk.



Sementara itu, memandangkan bulan Jun menandakan bermulanya musim denggi, Singapura sedang bersiap sedia dalam menangani kes denggi mingguan yang tinggi, yang mungkin akan melebihi 2,000 kes bulan ini.




"Kami telah melihat bagaimana ubat-ubat malaria efektif dalam mencegah penularan wabak ini di Haiti. Oleh kerana ubat denggi menggunakan mekanisme yang sama, ubat-ubat malaria juga diharapkan dapat digunakan dalam mengawal penularan denggi.
Pendekatan untuk menggunakan ubat-ubat pencegahan seperti dalam kes malaria, kini sedang diberikan kepada para pelawat di AS, namun belum satu pun digunakan di Singapura, di mana nyamuk dan denggi dijumpai secara endemik."
- Profesor Martin Hibberd dari Sekolah Kebersihan dan Perubatan Tropika.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >