Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakej Bantuan $1.1b bantu rakyat harungi inflasi, kenaikan harga

Pembayaran tunai, baucar CDC, rebat S&CC, U-Save, dan subsidi & baucar pengangkutan awam (PTV), disasarkan menyokong keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.
Sep 28, 2023 | 07:40 PM



Seramai 2.5 juta rakyat Singapura dewasa akan menerima bayaran tunai tambahan sehingga $200 pada Disember, tambahan daripada bayaran tunai Pakej Jaminan (AP) yang telah diumumkan semasa Belanjawan 2023.

Secara keseluruhan, isi rumah Singapura yang mempunyai pendapatan dinilai (AI) tidak melebihi $34,000, boleh mendapat bayaran tunai sehingga $800 pada Disember 2023.

Bayaran tunai tambahan ini adalah sebahagian daripada Pakej Bantuan Kos Sara Hidup sebanyak $1.1 bilion yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada Khamis (28 Sep) sebagai sebahagian daripada usaha pemerintah membantu rakyat Singapura menangani inflasi yang tinggi dan kebimbangan berkenaan kos sara hidup.

“Saya tahu ramai rakyat Singapura bimbang tentang prospek ekonomi keseluruhan, kenaikan harga, dan kesan ke atas kos sara hidup mereka. Pemerintah beriltizam untuk membantu rakyat Singapura melalui masa yang tidak menentu ini.

“Pakej ini menyediakan bantuan untuk semua isi rumah Singapura, dengan lebih banyak sokongan buat golongan berpendapatan rendah dan sederhana, dan ia membina daripada langkah-langkah yang diumumkan semasa Belanjawan tahun ini,” kata Encik Wong, yang juga selaku Menteri Kewangan.

Pakej itu, yang termasuk bayaran tunai, baucar CDC, rebat Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC), rebat U-Save, dan subsidi & baucar pengangkutan awam (PTV), disasarkan terutamanya untuk menyokong keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Setiap isi rumah Singapura boleh menjangka menerima baucar CDC tambahan sebanyak $200 pada 2024, yang boleh ditebus secara digital mulai Januari 2024. Ini membawa jumlah keseluruhan baucar CDC kepada $500 buat semua isi rumah rakyat Singapura, dan boleh digunakan sehingga akhir 2024.

Rebat tambahan sebanyak 0.5 bulan untuk S&CC juga akan diberikan buat sekali sahaja pada Januari 2024, di samping rebat S&CC yang biasa. Ini akan mengimbangi sepenuhnya kenaikan S&CC pada tahun pertama kenaikan untuk flat HDB 1 hingga 4 bilik dan kira-kira 85 peratus flat HDB yang lebih besar.

Untuk membantu rakyat menghadapi kenaikan harga air yang diumumkan pada Rabu, Encik Wong berkata pemerintah akan memberikan lebih banyak sokongan kepada isi rumah HDB.

“Saya akan memberikan $20 rebat U-Save tambahan pada setiap suku tahun untuk isi rumah HDB yang layak sepanjang 2024 hingga 2025, bermula dari Januari tahun depan.

“Ini akan mengurangkan kesan bil utiliti yang lebih tinggi disebabkan kenaikan harga air, yang diumumkan PUB, dan juga kenaikan cukai karbon yang akan datang,” kata Encik Wong.

Secara keseluruhan, kira-kira 950,000 isi rumah HDB akan menerima tambahan $160 rebat U-Save pada 2024 dan 2025, dan ini secara purata akan mengimbangi kenaikan bil utiliti untuk flat HDB 1 dan 2 bilik, kira-kira 80 peratus flat HDB 3 dan 4 bilik, dan 65 peratus flat yang lebih besar.







Pemerintah juga akan menyediakan baucar pengangkutan awam (PTV) bernilai $50 mulai akhir Disember 2023, untuk isi rumah yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan setiap orang tidak lebih $1600, untuk mengimbangi kenaikan tambang pengangkutan awam yang akan berkuat kuasa mulai 23 Disember.

“Langkah-langkah dalam pakej bantuan terbaru ini akan membantu rakyat Singapura menghadapi harga yang lebih tinggi, daripada keperluan harian mereka, kepada utiliti, kepada pengangkutan awam.

“Saya memberi jaminan kepada semua rakyat Singapura, kami akan terus bersama anda dan menyokong anda. Selagi kita terus bertanggungjawab dan membantu antara satu sama lain, kita boleh mengatasi cabaran yang mendatang, dan bergerak ke hadapan bersama-sama,” kata Encik Wong.

Anggota Parlimen, Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh), menyambut baik pengumuman Pakej Bantuan Kos Sara Hidup $1.1 bilion itu.

“Pakej ini adalah tambahan daripada langkah-langkah yang telah diumumkan semasa Belanjawan 2023, dan memberikan kelegaan kepada isi rumah Singapura, terutamanya keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

“Bantuan untuk rakyat Singapura menerusi rebat S&CC, baucar PTV dan rebat U-Save sedikit sebanyak mengurangkan kesan kenaikan harga ekoran kenaikan harga air dan pengangkutan awam,” kata Encik Saktiandi, yang juga ahli Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Kewangan, Perdagangan dan Perusahaan.

Seorang lagi anggota GPC itu, Cik Mariam Jaafar (GRC Sembawang) berkata, pakej diumumkan ini tepat pada masanya, namun, penting juga untuk pemerintah dan masyarakat memberi perhatian kepada golongan lain, khususnya keluarga yang susah dan tinggal di flat lebih besar.

“Kita juga harus memberi perhatian kepada cabaran yang dihadapi oleh keluarga berpendapatan rendah dan sederhana berbilang generasi yang lebih besar, yang mungkin tinggal di flat lebih besar tetapi menghadapi kenaikan perbelanjaan harian yang ketara.

“Inisiatif dari masyarakat juga boleh membina daripada usaha pemerintah seperti ini untuk membantu rakyat,” kata Cik Mariam.

Laporan lanjut di Muka 4 & 5




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >