Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakej Majulah ringankan beban ‘generasi sandwic’

Sep 23, 2023 | 05:30 AM



‘Generasi sandwic’ mungkin menghadapi situasi pengurusan belanjawan yang sama seperti Encik Jumahat Sanluan yang mengimbangi pelbagai tanggungjawab termasuk menjaga anak-anaknya dan arwah ibu mentua yang sebelum ini terlantar di katil sebelum meninggal dunia beberapa hari lalu.

Justeru sokongan pemerintah seperti Pakej Majulah yang diumumkan dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan (NDR) oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dapat membantu ‘generasi sandwic’ seperti Encik Jumahat dalam memperkukuhkan kecukupan keseluruhan peruntukan ini.

Sebagai anggota ‘generasi sandwic’, Encik Jumahat, 57 tahun, mengimbangi tanggungjawabnya untuk mengasuh dan menyara keluarga, bekerja syif sebagai pemeriksa kualiti aeroangkasa serta melakukan kerja sukarela di Masjid Muhajirin.

Keseimbangan ini sering menimbulkan tekanan kewangan yang signifikan, mungkin bagi sesetengah individu, menjadikannya sukar menabung untuk persaraan atau menguruskan perbelanjaan.

Mereka yang mengalami situasi seperti Encik Jumahat mendapati bonus simpanan persaraan (RSB) sangat bermanfaat terutama bagi mereka yang mungkin belum mencapai Jumlah Asas Simpanan Persaraan CPF. 

Untuk RSB, setiap individu yang tergolong dalam ‘generasi sandwic’ akan diberi bonus sekali sehingga $1,500. Ini termasuk mereka yang tidak bekerja.

Selain itu, mereka layak mendapat bonus ‘Earn and Save’ sehingga $1,000 setiap tahun. Ini hanya bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana, dan bekerja sepenuh atau separuh masa.

Golongan ini juga akan mendapat bonus Medisave yang menawarkan penimbal penting dalam membantu menampung perbelanjaan perubatan dan premium insurans.

Encik Jumahat serta ‘generasi sandwic’ yang lain akan terus mendapat sokongan dan bantuan daripada pemerintah selagi mereka memenuhi kriteria pendapatan tertentu.

Beliau menghargai sokongan tambahan seperti Pakej Majulah yang memberi kelegaan dalam usahanya untuk menjaga keluarga. 

“Tentu sekali pakej ini sangat membantu. Ia menyumbang ke akaun CPF kami secara tahunan dan pembayaran sekali ke akaun RA atau akaun Medisave kami,” kata Encik Jumahat sambil berharap dapat lebih sokongan yang lebih menyeluruh.

Namun, beliau memahami bahawa kecukupan persaraan bergantung pada hemat individu mengatur kewangan.

“Bantuan Pakej Majulah hanyalah sebahagian sahaja. Tanggungjawab merancang aliran tunai kewangan seseorang akhirnya terletak pada individu,” ujar Encik Jumahat.

Pakej Majulah menawarkan faedah khusus yang memberi impak langsung kepada kewangan menerusi tiga komponen – bonus ‘Earn and Save’, bonus simpanan persaraan (RSB) dan bonus Medisave.

1. Bonus “Earn and Save”


- Bonus CPF sehingga $1,000 setiap tahun
- Mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana
- Bekerja sepenuh atau separuh masa


2. Bonus Simpanan Persaraan (RSB)
- Bonus sekali sehingga $1,500
- Mereka yang baki CPF tidak mencapai Jumlah Persaraan Asas CPF
- Bekerja atau tidak


3. Bonus MediSave
- Bayaran sekali sahaja sehingga $1,000 untuk menampung kos penjagaan kesihatan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >