Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC: Pakej Majulah perkukuh simpanan persaraan pekerja

Aug 21, 2023 | 03:52 PM



Pemimpin Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan Singapura (NTUC) menyambut baik pengumuman berkaitan sokongan pekerja yang dibuat Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semasa Rapat Hari Kebangsaan (NDR), yang disifatkan sebagai dapat mempertingkat kemampuan persaraan pekerja kelak.

Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, menganggap Pakej Majulah bernilai $7 bilion itu – bertujuan membantu sekitar 1.4 juta warga Singapura yang berusia 50 tahun dan ke atas – merupakan “inisiatif yang memberi keyakinan kepada pekerja”.

Dalam catatan di akaun media sosialnya, Encik Ng berkata: “Selama bertahun-tahun, NTUC telah menyokong kenaikan kadar Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi pekerja yang lebih tua, membolehkan mereka terus membina sarang persaraan mereka, serta menyokong peningkatan umur persaraan dan pekerjaan semula, membolehkan pekerja kanan memilih untuk bekerja lebih lama.

“Pakej Majulah akan memberi rangsangan kepada simpanan mereka, membantu mereka dengan keperluan persaraan mereka,” tulis Encik Ng.

Di bawah Pakej Majulah, sokongan berperingkat akan diberikan berdasarkan pendapatan dan simpanan CPF individu yang layak.

Ia terdiri daripada tiga bahagian – Bonus ‘Earn and Save’, Bonus Simpanan Persaraan (RSB), dan Bonus MediSave.

Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Heng Chee How, yang juga Timbalan Setiausaha Agung NTUC dalam catatannya pula berkata, pendekatan tiga penjuru itu “akan membantu memperkukuh simpanan persaraan CPF pekerja yang lebih tua yang berusia 50 tahun dan ke atas”.

“Meningkatkan sokongan kepada pekerja kami yang lebih tua yang telah menyumbang kepada pembangunan negara kita selama ini akan membantu mereka mempunyai simpanan yang lebih mencukupi untuk memenuhi keperluan persaraan.

“Pengaturan tambahan ini sudah pasti akan membawa faedah jelas kepada pekerja kami yang lebih tua, memberikan mereka lebih jaminan dan keyakinan terhadap kecukupan persaraan mereka,” kata Encik Heng.

Selain Pakej Majulah, Encik Lee turut mengumumkan skim baru bagi menyediakan sokongan kewangan sementara bagi pekerja yang diberhenti kerja dan sedang mendapatkan kemahiran baru.

Menyentuh skim tersebut, Encik Ng berkata NTUC telah menyarankan agar sokongan pengangguran diberikan sebagai bantuan sementara jangka pendek.

Ini dilakukan melalui cadangan Pasukan Petugas golongan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) NTUC dan Persekutuan Majikan Nasional Singapura (Snef) pada 2021.

“Kami bersyukur kerana pemerintah tidak lama lagi akan memperkenalkan skim sedemikian.

“Ini akan memberi pekerja yang diberhentikan jaminan dan bantuan yang lebih besar pada masa mereka amat memerlukannya,” kata Encik Ng.

“Semua langkah ini akan membantu mengurangkan kebimbangan pekerja dalam jangka masa terdekat dan lebih lama,” tambah beliau. – NUR FATHIN AWALLUDIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >