Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Palang Merah S’pura kumpul dana bantu mangsa gempa Maghribi

Sep 12, 2023 | 07:14 PM



Pertubuhan Palang Merah Singapura (SRC) akan menjalankan pengumpulan dana melalui pelbagai wadah dari Selasa (12 September) hingga 31 Disember untuk menyokong usaha bantuan berterusan Bulan Sabit Merah Maghribi (MRC) berikutan gempa bumi yang mengorbankan lebih 2,000 nyawa di negara itu pada Jumaat.

Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter itu melanda kawasan pergunungan 72 kilometer ke barat daya bandar pelancongan Marrakesh, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Dalam laman webnya, SRC berkata orang ramai boleh menderma melalui platform dalam talian, mengumpul dana untuk SRC sebagai pihak ketiga, melalui PayNow, atau melalui cek.

Platform dalam talian termasuk laman web Giving.SG (https://redcross.sg/donate-moroccoearthquake) dan portal derma SRC (https://donate.redcross.sg/moroccoearthquake).

Bagi mereka yang ingin mengumpul dana untuk SRC sebagai pihak ketiga, mereka boleh mendaftar dengan mengisi borang ini (https://redcross.sg/images/pdfs/2023THIRD_PARTY_FUNDRAISING_REGISTRATIO…) dan kemudian menghantarkannya kepada fundraising@redcross.sg melalui emel.

Untuk menderma melalui PayNow, mereka hanya perlu mengimbas kod QR (bawah) dan memilih “Bayaran melalui UEN” dan masukkan “Morocco Earthquake” dalam rujukan.







Sebagai alternatif, mereka boleh secara manual memasukkan nombor UEN “S86CC0370EGEN” ketika menggunakan perkhidmatan PayNow.

Orang ramai juga boleh menderma melalui cek ke ‘Singapore Red Cross Society’ (Singapore Red Cross, 6 Fort Canning Rd, #02-01 YWCA, Singapore 179494). Nyatakan di belakang cek: nama penderma, alamat kediaman, nombor telefon dan alamat e-mel.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >