Pameran 'Future Of Us' berakhir 8 Mac, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Pameran 'Future Of Us' berakhir 8 Mac

Mar 04, 2016 | 09:36 AM

PAMERAN kebangsaan The Future Of Us (Masa Hadapan Kita), yang membayangkan kehidupan harian pada 2030, akan ditutup pada Selasa (8 Mac), dan penganjur telah mengaturkan pelbagai tarikan bagi menarik pengunjung hujung minggu ini.

Antara lain, terdapat penggemar kosplay dalam pakaian futuristik, silap mata karya seni 3D dan kereta berhias Chingay yang diilhamkan daripada pameran di di Gardens by the Bay itu.

Turut dipamerkan ialah karya seni terpilih yang dihasilkan orang awam, yang ada semuda lapan tahun, mengenai landskap masa depan Singapura.

Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) berkata pada Khamis (3 Mac) lebih 360,000 orang telah melawat pameran itu sejak ia dibuka pada Disember lalu.

Ia acara utama terakhir dalam kalendar sambutan Jubli Emas SG50.

Discover Malay Home Based Businesses

Pengarah kreatif Gene Tan berkata beberapa pengunjung telah memberitahu pasukannya bahawa pameran itu telah memberi inspirasi kepada mereka untuk "melakukan sesuatu tentang masa depan kita".

Beliau mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan yang telah membantu menjalankan dan menguruskan pameran tersebut.

Seorang daripada mereka ialah pesara Lai Kwok Wah, mantan jurutera kanan di agensi air negara PUB.

Beliau menyambut hari jadinya ke-65 di pameran itu sebagai jurupandu sukarela, kata MCI.

Encik Lai berkata pameran itu membolehkan beliau, ahli generasi lebih tua, "berkongsi bagaimana keadaan masa bersama generasi muda".

Ia juga membolehkan beliau melihat ke masa depan, katanya.

Pameran itu dalam jarak berjalan kaki dari stesen MRT Bayfront.

Masuk percuma.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map