Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran Perang Dunia Kedua di bekas Kilang Ford dibuka semua 16 Feb

Feb 09, 2017 | 03:16 PM



SEBUAH pameran kekal baru mengenai Perang Dunia Kedua di bekas kilang Ford di Upper Bukit Timah akan dibuka kepada orang ramai pada 16 Feb.



Pameran Arkib Negara Singapura (NAS) itu dan bangunan tersebut telah dinamakan semula sebagai Galeri Syonan: Perang dan Warisannya.



Ini menyusuli rombakan selama setahun pameran lama.



Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, yang melawat kemudahan itu pada Khamis (9 Feb), berkata NAS telah menghasilkan cerita "sangat menarik" dalam merakam pengalaman orang awam dan pelbagai angkatan tentera yang terlibat.



Beliau berkata galeri itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Kenangan di Kilang Lama Ford, berfungsi sebagai peringatan bahawa keamanan dan keharmonian tidak boleh diambil mudah.



"Sebagai sebuah negara kecil kita sentiasa perlu berjaga-jaga dan mengiktiraf bahawa keselamatan penting dan setiap orang mempunyai peranan untuk dimainkan," katanya.



Galeri itu dibahagikan kepada empat zon. Yang pertama menunjukkan pemandangan di Singapura sebelum perang dan menceritakan sejarah Kilang Ford semasa ia menjadi kilang pemasangan kereta pertama di Asia Tenggara pada 1941.



Zon kedua mengisahkan kejatuhan negara ini dan menonjolkan pencerobohan Jepun serta pertahanan British yang lemah.



Zon ketiga memberi tumpuan pada tempoh Singapura diberi nama baru - Syonan-to atau Cahaya Selatan - semasa pendudukan Jepun.



Akibat peperangan dibincang di zon terakhir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >