Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran seni hayati dilema kesihatan mental belia

Dec 20, 2021 | 05:30 AM



DISEBABKAN oleh stigma sosial dan profesional yang terkait dengan kesihatan mental, kebanyakan belia berasa tidak selesa atau malu untuk mendapatkan bantuan jika mereka menghadapi masalah ini.



Dalam pada itu, ramai di kalangan mereka tidak pasti sama ada bantuan profesional diperlukan dan lebih suka mendapatkan bantuan daripada rakan sebaya mereka berbanding pakar atau keluarga sendiri.



Mereka khuatir akan dipandang negatif oleh keluarga sendiri jika mereka fikir mereka mengalami masalah kesihatan mental.



Ini merupakan sebahagian daripada penemuan tentang kesejahteraan mental belia yang telah dikumpulkan oleh unit maklum balas pemerintah, Reach, melalui siri penglibatan belia yang dijalankan sepanjang tahun ini.



Reach telah mendekati sekitar 1,950 beliau berusia antara 13 hingga 30 tahun untuk memahami dan mendapatkan pandangan mereka berkenaan topik kesejahteraan mental belia.



Menerusi perkongsian ini, sebahagian daripada responden berkata mereka secara peribadi bergelut dengan persepsi bahawa mengalami penyakit mental dan mendapatkan bantuan adalah tanda-tanda kelemahan, kemalasan atau kegagalan diri sendiri.



Terdapat juga yang merasakan bahawa generasi yang lebih tua memandang topik kesihatan mental ini secara negatif dan melihatnya sebagai "tabu".



Dapatan ini sedang dikongsi pada pameran seni kesihatan mental yang telah dilancarkan oleh Pengerusi Reach, yang juga merupakan Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, semalam.



Pameran seni yang bertajuk, 'The Artist's Residency: An Investigation into Mental Health and Hope', bertujuan untuk meneroka apa yang dirasakan oleh mereka yang hidup dengan gangguan mental.



Dianjurkan oleh Mental Health Collective SG (MHC), sebuah inisiatif yang diterajui oleh belia dan dengan kerjasama Reach, pameran itu menampilkan karya lima kolaborator penggiat seni yang hidup dengan keadaan kesihatan mental dan sembilan pelajar seni.



Pihak penganjur juga berharap pameran ini dapat memulakan perbualan dalam kalangan rakyat Singapura tentang kesejahteraan mental seseorang dan menggalak lebih ramai rakyat Singapura untuk tampil ke hadapan untuk berkongsi kisah harapan mereka sendiri.



Berucap dalam pelancaran pameran itu, Encik Tan berkata: "Reach gembira dapat menyokong inisiatif asas sebegini sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk melibatkan rakyat Singapura dalam isu nasional.



"Usaha seperti Mental Health Collective SG memainkan peranan penting dalam membentuk sikap sosial dan mengubah minda terhadap keadaan kesihatan mental, sambil kami mengambil langkah untuk membina masyarakat yang lebih inklusif dan saling memberi sokongan.



"Saya berharap lebih ramai belia akan mendapat inspirasi oleh usaha MHC untuk mengambil tindakan terhadap perkara yang penting kepada mereka dan memberi inspirasi kepada perubahan positif dalam masyarakat.



Pameran itu akan diadakan di Perpustakaan Negara dari 19 Disember hingga 14 Februari tahun depan. mereka".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >