Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran seni siluman di Gardens by the Bay

Oct 20, 2022 | 06:23 AM



GARDENS by the Bay menganjurkan pameran seni siluman.



Sebanyak 12 pemasangan seni pameran 'Seeing The Invisible' termasuk karya artis terkenal seperti Ai Weiwei, Sir Isaac Julien dan El Anatsui akan dipamerkan, dan mereka hanya boleh dilihat melalui realiti terimbuh (AR).



Pengunjung harus memuat turun aplikasi dan hubungan Internet diperlukan.



Gardens by the Bay ialah satu-satunya destinasi Asia untuk pertunjukan itu, yang dibuka pada 12 Oktober lalu.



Sembilan taman lain di seluruh dunia turut menganjurkan pameran maya ini.



AR mengurangkan jejak karbon pameran itu kerana tidak perlu mengangkut karya seni sebenar dan pengunjung dijemput untuk memikirkan penggunaan seni dalam cara baru.



Ia juga menawarkan pencinta seni antarabangsa peluang untuk melihat pameran secara serentak di negara yang berbeza.



Daripada 12 pemasangan itu, yang menonjol ialah karya Ai yang dipanggil 'Gilded Cage', sebuah struktur megah yang berdiri di tengah-tengah bukit berumput.



Apabila cahaya matahari mengenanya pada sudut yang betul, ia terasa seperti adegan dari novel fantasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >