Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran tonjol bakat kreatif pelajar keperluan khas

Aug 18, 2022 | 06:24 AM



SEBUAH pameran yang membolehkan pelajar berkeperluan khas menonjolkan bakat kreatif dan seni mereka kepada masyarakat dilancarkan Singtel semalam.



Diadakan di Galeri Nasional Singapura, pameran Expressions Through Art itu ialah yang pertama menampilkan karya seni dari kesemua 21 sekolah berkeperluan khas tempatan, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Singtel semalam.



Pameran tersebut, yang dianjurkan sempena menyambut ulang tahun ke-20 Dana Touching Lives Singtel (STLF), dibuka oleh Presiden Halimah Yacob dan Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.



Mereka berdua, bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Singtel Group, Encik Yuen Kuan Moon, serta pengerusi STLF, Cik Aileen Tan, kemudian menyaksikan pameran tersebut, yang menampilkan 120 karya seni.



Mengulas, Puan Halimah berkata pameran itu meraikan semangat kreativiti dan inklusiviti.



"Sedang kita berkembang sebagai sebuah negara, adalah penting kita terus mendakap kepelbagaian, memastikan tiada masyarakat ketinggalan. Saya berharap lebih banyak syarikat akan tampil untuk menyokong anggota kurang bernasib baik dalam masyarakat kita," ujar beliau.



Pengetua Sekolah APSN Tanglin, Cik Liza Ow, berkata pameran itu menyediakan wadah terbuka dan kondusif bagi pelajar dari semua sekolah pendidikan khas (Sped) di Singapura menonjolkan bakat artistik mereka, dan merupakan usaha baik untuk membantu warga Singapura lebih memahami golongan berkeperluan khas.



"Saya ingin menggalak semua agar datang ke pameran ini dan lihat apa pelajar-pelajar ini boleh capai - bakat, impian dan aspirasi mereka," tambahnya.



Pameran Expressions Through Art diadakan di Galeri Nasional Singapura, Supreme Court Terrace hingga 28 Ogos. Ia dibuka secara percuma setiap hari dari 10 pagi hingga 7 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >