Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pandangan awam diminta sebelum teroka kemungkinan kucing dibenarkan di HDB

Oct 26, 2022 | 05:30 AM



MEMBENARKAN kucing untuk dibela sebagai haiwan peliharaan di flat HDB mungkin menjadi sebuah realiti kelak, namun langkah untuk melindungi kesihatan haiwan mahupun orang awam perlu dilaksanakan dahulu.



Justeru, satu perundingan awam sedang giat dijalankan demi mempertingkat kebajikan dan pengurusan populasi kucing, yang antaranya bertujuan mempertingkat pengesanan kucing peliharaan.



Berkongsi tujuan di sebalik rangka kerja tersebut, Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, berkata:



"Kucing merupakan sebahagian besar kehidupan kita. Kita mempunyai kucing dalam keluarga kita, ramai pemilik kucing merasakan bahawa kucing-kucing adalah sebahagian keluarga mereka... Kita mempunyai kucing dalam masyarakat kita juga.



"Jadi kita berinteraksi dengan kucing, seperti anjing, dengan kerap. Inilah yang dinamakan haiwan peneman. Tetapi kucing dan anjing juga boleh menyebarkan penyakit kepada manusia. Justeru kita perlu memastikan bahawa kita melindungi manusia daripada beberapa penyakit yang dibawa haiwan. Hal tersebut berhubung kesihatan awam.



"Kedua adalah kesihatan haiwan juga. Kita mahu memastikan kita menjaga haiwan peliharaan kita, haiwan peneman seperti kucing, dan memastikan mereka dijaga baik, kesihatan dan kebajikan mereka dilindungi."



Dalam wawancara bersama Berita Harian (BH), Encik Tan memberi kemas kini bahawa lebih 30,000 orang telah menyertai perundingan awam yang dilancarkan untuk memberi maklum balas.



Perundingan awam akan dijalankan hingga Mac tahun depan, yang turut terdiri daripada tinjauan dalam talian bagi orang awam sehingga 2 November ini.



Beliau menggalakkan lebih ramai orang agar mengambil bahagian dalam tinjauan tersebut di http://go.gov.sg/catsg.



Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) akan menggunakan dapatan yang dikumpulkan untuk memperhalusi rangka kerja pengurusan kucing yang disarankan, dan menjangka akan berkongsi saranan yang disemak tahun depan.



Langkah-langkah di bawah rangka kerja AVS itu termasuk program 'perangkap, kembiri, cari rumah baru atau lepaskan secara terurus' (TNRM), di mana kucing masyarakat akan diperangkap, dikembiri dan ditempatkan di rumah baru berserta bantuan kumpulan kebajikan haiwan jika boleh.



Kucing yang dianggap tidak sesuai ditempatkan di rumah baru akan dilepaskan kembali ke dalam masyarakat, dengan ia dijaga penjaga masyarakat.



Langkah lain yang disarankan termasuk skim pelesenan dan cip mikro yang bertujuan mempertingkat pengesanan kucing peliharaan.



Ini akan membolehkan kucing yang didiagnos dengan penyakit berjangkit dikesan dengan mudah, dengan maklumat seperti kontak rapat lebih mudah diakses juga, membolehkan AVS bertindak pantas.



"Di bawah rangka kerja besar, dengan pelesenan, cip mikro, saya rasa kami boleh menjejaki (kucing) dengan lebih baik supaya dapat tahu siapa pemilik kucing ini dan mengapa kucing ini didera atau diabaikan dan bolehkah kami ambil tindakan. Saya rasa kami mahu memastikan bahawa kami siasat, menguatkuasakan dan mengambil tindakan terhadap pemilik yang tidak bertanggungjawab atau pendera kucing yang tidak bertanggungjawab," tambahnya.



Laporan khas BH:




"Kucing merupakan sebahagian besar kehidupan kita. Kita mempunyai kucing dalam keluarga kita, ramai pemilik kucing merasakan bahawa kucing-kucing adalah sebahagian keluarga mereka... Kita mempunyai kucing dalam masyarakat kita juga.

Jadi kita berinteraksi dengan kucing, seperti anjing, dengan kerap. Inilah yang dinamakan haiwan peneman. Tetapi kucing dan anjing juga boleh menyebarkan penyakit kepada manusia. Justeru kita perlu memastikan bahawa kita melindungi manusia daripada beberapa penyakit yang dibawa haiwan. Hal tersebut berhubung kesihatan awam."

- Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >